Saturday, April 22, 2006

Nasi Ayam

Hari ini aku makan Nasi Ayam sebagai makanan tengah hari. Sebab kedai nasi campur yang aku selalu beli tu tutup pulak hari ni.

Sedap gak Nasi Ayam dia. Aku pun selalu gak buat Nasi Ayam. Tapi bab sambal selalu tak menjadik. Padahal aku ikut bebetul dalam resepi tu. Hairan gak aku.

Ni resepi Nasi Ayam yang selalu aku buat tu:

NASI AYAM
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam

Bahan A:
1 camt minyak
1 camt kicap cair
½ camt kicap manis

3 cawan beras panjang
4 cm halia, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1 camt garam
¼ camt serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng ayam

Sup:
500ml air rebusan ayam
1 bungkus Sup Bunjut
1 camb stok pekat ayam
bawang goreng
hirisan halus daun sup dan daun bawang

Sos cili (kisar hingga halus):
10 biji cili merah, dibuang biji
2 ulas bawang putih
5cm halia
1 camb minyak
½-1 camb jus limau nipis
1 camt gula halus
1 camb minyak rebusan ayam
garam secukupnya

Kicap:
3 camb sos tiram
1 camb kicap manis
½ camt serbuk lada sulah
½ camt gula halus
3 camb air rebusan ayam

Bahan sampingan:
hirisan daun bawang dan daun sup
hirisan tomato dan timun
daun salad

Jerang ayam dengan air (sama paras). Masak selama 15 minit kemudian ketepikan dari api. Biar ayam terendam selama 10 minit kemudian keluarkan, masukkan ke dalam bekas air biasa. Gantung ayam supaya agak kering. Lumurkan dengan bahan A. Ambil 400ml air rebusan, isikan ke dalam periuk kecil (untuk sup).

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga keemasan. Masukkan beras, kacau 1-2 minit. Ubah beras ke dalam periuk nasi letrik. Masukkan baki air rebusan ayam (tambah air jika perlu), garam dan serbuk lada sulah. Masak seperti biasa.

Untuk membuat sup, jerang air rebusan dan sup bunjut hingga mendidih. Perlahankan api, renihkan selama 5 minit. Ketepikan sup bunjut. Masukkan stok pekat ayam, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang. Angkat dan isikan ke dalam mangkuk.

Ayam dipotong 4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan. Hidangkan dengan nasi, sup, cili dan kicap serta bahan sampingan lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...