Saturday, April 15, 2006

Pengantin Remaja

Hari ini aku menghadiri satu majlis perkahwinan kenalan baik abah aku. Keluarganya memang rapat dengan keluarga aku.

Yang aku nak ceritakan ni mengenai pasangan pengantinnya. Pengantin lelaki berumur 19 tahun dan pengantin perempuannya berumur 18 tahun. Kira pengantin remaja la ni.

Majlis perkahwinannya berlangsung di perkarangan Masjid. Itu yang uniknya. Dari majlis nikah hinggalah makan beradab. Siap ada pelamin lagi depan Astaka Masjid.

Majlisnya sama aje macam majlis perkahwinan yang diadakan dirumah. Cuma kali ini diadakan di Masjid. Rombongan pengantin disambut dengan paluan kompang dan berarak menuju ke Masjid untuk majlis persandingan.

Para jemputan di tempatkan di dalam khemah yang disediakan bersebelahan dengan khemah pelamin. Dihidangkan dengan nasi minyak dan lauk-pauk.

Majlisnya nampak ringkas dan mudah. Pinggan dan cawan diperbuat dari kertas, jadi tak payahlah nak basuh.

Ramai juga kenalan dan sahabat handai yang datang. Yang bagusnya semuanya datang dengan pakaian yang sopan. Maklumlah majlis kat Masjid.

Buat pasangan pengantin, aku doakan semoga kalian dapat melayarkan bahtera rumah tangga dengan aman dan diberkati ALLAH. Walaupun mendirikan rumah tangga di usia muda, tapi jika pandai menyesuaikan diri dan saling memahami antara satu sama lain dan bersikap matang, insya-ALLAH, rumah tangga kalian akan sejahtera.Amin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...