Friday, May 26, 2006

Renung-Renungkan ....

Aku terbaca artikel yang bertajuk 'Lelaki' dalam majalah Mastika keluaran februari 2006. Tentang seorang gadis yang sukar memahami perangai kaum lelaki. Sesuai untuk kita renungkan sejenak.

Apabila dilayan dengan baik, lelaki kata si gadis jatuh cinta padanya. Syok sendiri. Tapi kalau dilayan ala kadar, lelaki tuduh si gadis sombong, bongkak, hidung tinggi.

Apabila gadis bergaya anggun, lelaki menuduhnya cuba mengoda. Tapi jika berpakaian ala kadar, diejek kampungan pula.

Kalau berselisih faham, mereka tuduh si gadis degil. Tapi kalau si gadis berdiam diri, lelaki kata dia b***h.

Kalau si gadis lebih cerdik daripada lelaki pun susah, mereka malu. Tapi kalau mereka lebih cerdik pulak dengan bongkaknya, meninggi diri.

Apabila si gadis tidak mencintai si lelaki, mereka cuba memujuk rayu. Tapi bila si gadis betul-betul jatuh cinta, si lelaki pula meninggalkannya.

Kalau tidak turutkan kehendak nafsunya, si gadis dituduh tidak cinta sesungguh hati. Tapi bila diserahkan tubuh badan, lelaki kata si gadis perempuan murahan.

Apabila si gadis mengadu masalahnya, si lelaki merengus kerana si gadis membebankan fikirannya. Tapi bila tidak diceritakan masalah diri, lelaki tuduh si gadis tidak percayakan dirinya.

Andai si gadis naik angin, dengan sesedap mulut si lelaki kata dia suka membebel macam mak nenek. Tapi bila si gadis protes sebab selalu dimarahi, lelaki jawab, "Itu tandanya saya prihatin terhadap awak."

Andai si gadis mengecilkan hati si lelaki, mereka menuduhnya kasar. Tapi bila si lelaki berkasar dan si gadis menangis kerana terluka hatinya, si lelaki kata dia terlalu sensitif hingga mereka bosan.

Kalau diceritakan keluhannya ini kepada lelaki, pasti mereka tidak mengaku. Tapi kalau dipendamkan saja, lelaki akan menuduhnya pentingkan diri sendiri pula.

(*Sumber dari Mastika keluaran Februari 2006)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...