Saturday, January 29, 2011

Mee Segera Bandung

Ari ni ujan.. rasa lapo pulak pepetang ni... tgk kat dapur ada mee segera n telo jek..hmmm...

Mee Segera Bandung
Bahan-bahan:
Mee segera (apa2 brand) yg aku guna ni mamee extra pedas
Telo
Bawang merah - dihiris kecil
Lada cili - dihiris kecil
Sawi (ikut suka, nak letak boleh, tak nak pun tak pe)
Minyak masak - sedikit saja untuk menumis

Cara membuatnya:
Panaskan periuk.
Masukkan minyak masak.
Apabila minyak sudah panas masukkan bawang merah dan lada cili.
Tumis hingga garing.
Kemudian, masukkan 2 setengah cawan air kedalam periuk.
Apabila air mengelegak, masukkan perencah mee segera dan kacau.
Masukkan telo dan tunggu hingga telo keras sedikit.
Kemudian, masukkan mee segera dan tunggu hingga mee menjadi lembut.
Kacau-kacaukan.
Siap sedia untuk dihidang...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...