Saturday, February 26, 2011

Anjing main kejar-kejar dalam laut



Pertama kali tengok anjing main kejar-kejar kat dalam air laut (haha ... jakunnyer aku ) ... selalu gi pantai tak pernah nampak pulak ... masa ni air laut Sungai Rengit ni tengah surut ... seronok pulak tengok anjing ni main kejar-kejar ... tak takut air rupanya anjing ni ... dah biasa mandi laut kot sebab kat Sungai Rengit ni memang banyak anjing ... maklum ler ramai penduduk cina kat sini ...

Abah kata anjing ni tangkap ketam batu yang merayap waktu air surut ... waulahualam ler ... betul ke idak nyer ... makcik yang jual nasi kat sini cakap anjing tu tangkap anak-anak ikan yang terdampar kat pantai sebab air surut ... tak tau ler yang mana satu betul nyer ... takkan aku nak gi tengok kat sana apa yang anjing tu buat ... hehe ... tak pasal-pasal aku pulak yang main kejar-kejar ngan anjing tu pulak ... naya jer kena samak ... haha ...

Aisy ngan sepupu dia, bit ... nak turun pantai .. sebab air surut kan ... jadi nampak pantai .. selalu tu tak nampak pantai ... air laut sampai tembok penghadang ... bila aku tunjuk anjing tengah main kejar-kejar kat dalam air laut tu ... masing-masing terus diam ... khusyuk nengok anjing pulak ... haha ..

Begini ler keadaan air surut ... kalau air pasang  ... sampai tembok tu air laut nyer ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...