Wednesday, February 16, 2011

Uniform Pengakap vs Anak Aku ....

Huhu ... hari ni first time anak aku, ayen pakai baju uniform persatuan iaitu Pengakap. Aku beli satu set lengkap dengan lencana pengakap, logo bendera malaysia, skaf a.k.a tali leher, talipinggang, dan topi. Hensem anak aku hari ni ... haha ... tapi tak ramai lagi yang pakai baju uniform persatuan ni kat sekolah. Ayen jek yang beria-ia nak pakai. Ada gak ler seorang dua kekawan dia yang dah pakai. Tu yang dia pun nak jugak. Tapi sebab lambat-laun pun kena pakai jugak, jadi aku belikan jek ler. Masa nak belikan baju pengakap ayen nilah yang Kota Tingggi banjir sebelum raya cina aritu ... patah balik ler kitaorang ... bukan apa takut terperangkap dalam banjir pulak ... huuuu .... kes naya ...

Lepas seminggu baru pergi semula Kota Tinggi beli baju pengakap ayen ni ... beli kat Arked Mara Kota Tinggi. Kat situ memang khas menjual uniform persatuan. Sebut jek persatuan apa ... semuanya ada. Tapi kira mahal jugak ler rega baju uniform persatuan ni ... satu set baju uniform pengakap ayen ni RM 75 ... lebih mahal dari uniform sekolah ... huhu ... tak pe demi masa depan anak ... pelaburan gak tu ...

Ayen segak bergaya dengan uniform pengakap ... hencem anak aku ... hehe

Fokus dekat kedudukan lencana dan logo ... hehe ... sebenarnya mencari kat internet cara-cara menampal logo dan lencana pengakap ni ...

Ni pandangan dari tepi sebelah kanan

Ayen dah naik motosikal untuk ke sekolah di hantar oleh en.suami ....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...