Monday, March 14, 2011

Majlis Perkahwinan Tam - Majlis Khataman Dan Majlis Menitik Inai

12/3/2011 (Sabtu Malam)

Majlis Khataman quran berlangsung pada jam 9.00 malam. Tam khatam quran diiringi oleh anak sedara aku, Abey dan orang blok yang dijemput khas untuk membaca bersama Tam. Abey baca surah pendek-pendek jek. Tam yang banyak baca. Abang ipar aku pasang microfon jadi boleh ler didengar oleh orang kat luar rumah.


Tema untuk malam khatam dan menitik inai ni warna oren .. dari pengantin hingga ke ahli keluarga .. semua oren .. huhu .. memang dah rancang awal-awal ... untuk malam ni, para tetamu diberikan paperbag mengandungi surah yassin, cenderahati saputangan berbentuk bunga, ngan makanan ringan berserta bunga telur.


Setelah selesai upacara khataman quran, acara menitik inai pulak dijalankan .. sebab pengantin lelaki tak datang lagik .. maka tam menitik inai sorang-sorang jek ler .. sian tam .. tapi tak pe .. merasa jugak .. kalau tak tak merasa ler menitik inai .. huhu ..

Acara menitik inai ni dimulakan dengan meletakkan inai di tapak tangan pengantin perempuan .. lepas tu .. renjiskan air yang disediakan pada muka n tangan pengantin .. sikit-sikit jek .. karang cair pulak makeup pengantin ... haha.. lepas tu suakan telur pada dahi dan mulut pengantin .. ambik bunga rampai .. baling-baling kat orang belakang .. habis .. haha .. dapat bunga telur setelah selesai melakukan proses menitik inai tersebut ..

Setelah selesai majlis khatam quran dan majlis menitik inai .. pengantin pun mulai la berposing .. ya ler kan .. bukan selalu dapat pakai baju cam tu .. kamera sendiri tak pe .. posing ler banyak mana pun .. tak siapa nak marah .. dan yang penting ... tak kena bayar apa pun .. haha ..



Hantaran pengantin perempuan untuk pengantin lelaki .. sebelas dulang ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...