Wednesday, March 09, 2011

Packing Kek Lapis Dalam Plastik ...


Ini ler yang aku kerjakan sepanjang pagi ini ... memotong dan membungkus kek lapis ni ke dalam plastik kecik untuk di letakkan dalam paperbag untuk majlis perkahwinan adik aku. Nak wat seribu bungkus ... huhu ... bengkok tulang aku duduk jek ... tadi pagi aku potong kek tu 10 keping cuma boleh dapat 245 bungkus jek ... itu pun potong tak berapa nak besar .. hehe

Aku buat ni sorang-sorang jek .. ye ler mana ada orang ... adik-adik aku semua kerja lagik .. diaorang start cuti hari sabtu .. nasib baik aku kerja petang .. boleh ler balik umah mak ... tolong-tolong apa yang patut .. kak yong pun kerja gak .. tapi ari ni dia kerja pagi .. ari ni dia balik awal sebab nak masak makanan untuk jiran blok nak pasang balai tempat masak kenduri nanti. Kak yong cuma masak jek ... bahan-bahan nak masak, semua aku dah sediakan. Daging, ayam, sawi, semua dah potong. Lada kering ngan bawang aku dah blend. Keropok ikan pun aku dah goreng. Bukan nya masak yang susah-susah. Goreng mee kuning jek. Siap semuanya aku tinggalkan jek. Biar kak yong menggoreng mee tu ...huhu... Aku nak balik ... kerja wehhhh ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...