Friday, March 04, 2011

Souvenir Majlis PerKahwinan Tam

Dah mula membungkus souvenir untuk majlis perkahwinan adik aku, tam. Salah satu souvenirnyer ialah mangkuk-mangkuk kecil yang aku letak asam masin kala putih yang panjang-panjang. Sebenarnya ianya diperbuat daripada buah betik yang dikeringkan. Biasanya mak aku letak asam ni kat buah-buahan yang dipotong-potong. Asam nyer di potong kecik -kecil dan ditabur di atas buah tu .. sedap .. lelagik setelah disimpan dalam peti ais ... sejuk ... huhu

Disebabkan tema majlis adik aku ni, purple n pink jadik, aku wat dua kala ler ... purple n pink jugak ... huhu .. masa dia bertunang dulu, aku letak coklat yang bijik-bijik kecik tu dalam mangkuk kecik ni ... disebabkan majlis kahwin ni jemputannya ramai jadi, asam adalah pilihan terbaik ... sebab .. murah dan banyak .. haha

Aku rasa souvenir yang sebegini jarang orang buat .. sebab sepanjang aku gi kenduri kawin kat tempat aku ni  la ... tak pernah lagik dapat souvenir yang cam ni ..biasanya dalam paperbag tu cuma ada bunga telur, cenderahati, sumi n gulu-gula, cup cake, kerepek n keropok jagung. Ini yang selalu aku dapat ler ... kekadang tu dalam beg tu cuma ada bunga telur, sumi n gula-gula n kerepek-kerepek jek ...  mungkin ader jugak yang buat souvenir sebegini cuma tak sampai ke tangan aku ni .. hehe

Sebelum aku letak asam dalam mangkuk tu .. aku hias ler dulu luaran mangkuk tu ... biar nampak menarik dan anggun gitu .. hehe ... aku lekatkan renda di sekeliling mangkuk kecik tu .. pastu, aku letakkan bunga kecik kat penutupnyer ... huhu ... kan nampak menarik ..

Sebenarnya dalam paperbag adik aku ni bukan le ni jek dia punya souvenir ... ada banyak benda dalam paperbag tu .. nanti ler lain masa aku cite pasal tu ... huhu ... aku cuma fokuskan pada mangkuk kecik ni sebab aku rasa ianya unik dan istimewa ... pada aku ler ... huhu ..


Yang ni mangkuk kecik warna pink ... dah siap letak asam

yang ni mangkuk kecik warna purple ... pun dah letak asam gak .. huhu  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...