Tuesday, April 05, 2011

Leno Dan Aku ...

Tadi gi Leno Kota Tinggi .. nak amik barang yang adik aku, Tam tempah. Di sebabkan aku tak de kad ahli Leno ni, maka aku gunalah nama kakak aku, Kak Yong. Jadi begitulah setiap kali kalau nak beli barangan Leno ni. Kakak aku ni ahli lama. Tak de kad. Jadi, setiap kali nak bayar kena bagi no. ahli dia aje. Cam tak best beno rasanya .. hehe ..


 Jadi, tadi aku pun daftar le jadi ahli seumur hidup dengan Leno ni. Senang jek proses nak jadi ahli Leno ni. Memula isi borang pendaftaran .. ala cam biasa jek .. tulis nama, no.ic, no tel, alamat rumah, pekerjaan, minat, tangga pendapatan, jenis kenderaan yang dimiliki .. tu jek ..


Siap isi borang .. bagi kat petugas Leno tu .. pastu bayar yuran keahlian Rm 20.00 jek .. terus dapat kad ahli. Dapat baucer tunai Rm 30.00 lagik .. boleh tebus dengan setiap pembelian Rm 50.00 (harga ahli) dalam satu resit. 1 baucer boleh guna untuk 1 resit pembelian sahaja. Tak leh gabung-gabung resit yer .. Baucer ni hanya buleh guna untuk barangan yang berkod 's' sahaja ..

Katalog Leno pun diaorang bagik jugak tau .. leh cari orang yang berminat nak beli barang Leno ni .. kira jadik agen jualan ler ni .. kalau ada yang berminat nak jadi ahli .. buleh masuk bawah aku jek .. tak ada kos tambahan .. aku cuma dapat tambah point dalam kad jek .. bukan macam sistem piramid tu .. tak ... bukan sama sekali yer ...


Petugas Leno tu cakap nak buat promosi kat kedai en.suami ni .. nak promosi barangan kosmetik Leno .. wah .. sesambil tu boleh perkenalkan produk cenderahati perkahwinan aku ni .. good idea jugak tu kan .. huhu .. tapi ni semua masih dalam peringkat perbincangan  .. lum comform pun lagik .. hehe ..  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...