Thursday, May 05, 2011

Cenderahati Perkahwinan Potpouri Dalam Sudu


Cenderahati Potpouri Dalam Sudu ni tempahan pelanggan dari Masai ... tema kala hijau ... untuk majlis pertunangan  yang akan di adakan pada akhir bulan ni ... cuma nak 200 pcs jek ... orait la tu .. tak kisah le berapa pun .. jadi, ini ler aktiviti aku bermula hari ini sehingga siap cenderahati ini .. hehe ..

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Cenderahati Potpouri Dalam Sudu ni ialah sudu plastik yang kecik, potpouri, kain net, bunga reben yang kecik, reben, manik bola plastik dan manik bola berantai serta hot glue dan gun hot glue.

Cara membuatnya mudah saja. Memula, potong kain net mengikut besar dan panjang sudu .. agak-agak saja .. asal muat untuk membalut mangkuk sudu yang berisi potpouri tu orait ler tu .. panjangnya jangan melebihi hujung sudu .. maknanya, biarkan hujung sudu tu terkeluar sikit dari kain net tu ... pastu, balut sudu yang telah diisi dengan potpouri dan ikat dengan menggunakan reben ... pastu, ambil reben hiasan dan cantumkan kat tempat ikatan reben tadi .. dah pun siap ..

Reben hiasan pada cenderahati ni senang jek nak buat. Memula, potong reben mengikut panjang yang bersesuaian dengan besar sudu ... pastu bentukkan dia ... ambik manik bola berantai lekatkan ditengah reben tu .. pastu lekatkan  sekuntum bunga reben kecik di atas manik bola berantai itu .. sebelum manik bola berantai itu dilekatkan kat reben .. cantumkan di hujung manik bola berantai itu dengan manik plastik ... dah pun siap reben hiasan cenderahati potpouri dalam sudu ... mudah kan ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...