Friday, May 27, 2011

Cenderahati Saputangan Gulung Berkipas


Akhirnya siap cenderahati saputangan gulung berkipas yang ditempah minggu lepas. Tema kala kuning. Bahan-bahan yang diperlukan adalah saputangan, reben, manik bola berantai, bunga reben besar, bunga reben kecil, tali reben kala gold dan kertas jepun.
Memula, aku wat reben hiasan dulu. Cara-caranya lekatkan manik bola berantai pada reben yang telah dibentuk dengan menggunakan hot glue. Di atas manik berantai tu lekatkan bunga reben yang besar. Kemudian lekatkan bunga reben kecik di tepi bunga reben besar tadi. Dah pun siap reben hiasan untuk cenderahati saputangan gulung berkipas.

Lepas siap reben hiasan, bentukkan saputangan pula. Gulung saputangan ukuran sejengkal dan ikat gulungan saputangan tadi dengan menggunakan reben. Lebihkan sedikit ikatan reben itu supaya menjadi juraian. Kemudian, lekatkan tali reben gold di tengah-tengah ikatan reben tadi. 

Pastu, amik kertas jepun. Potong segiempat tepat. Panjang kertas jepun yang dipotong mesti sama dengan panjang gulungan saputangan tadi. Lepas tu, bentukkan kertas jepun itu seperti kipas. Lekat belahan kipas itu dengan menggunakan hot glue. Setelah kertas jepun siap dibentuk seperti kipas, lekatkan ia di atas saputangan menutupi tali reben gold tadi.

Setelah kertas jepun bentuk kipas dilekatkan, lekatkan pula reben hiasan dihadapan kertas jepun bentuk kipas itu. Pastikan reben hiasan itu dilekatkan ditengah-tengah kertas jepun bentuk kipas itu. Dah pun siap cenderahati saputangan gulung berkipas.

Cenderahati saputangan gulung berkipas yang telah dipacking dalam kotak ...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...