Friday, June 03, 2011

Seram Di Tv3 'You Saka Pergi Jauh-jauh' - Episod 1

Malam tadi tengok Tv3 slot seram tajuk dia You saka pergi jauh-jauh .. cite komedi seram ... memang best ... senak perut ketawa .. sampai terbatuk-batuk aku ... tak leh tahan lawak dia ... seram lum ada nampak lagik ... hantu dia tak menyeramkan langsung ... haha ... lawak betul ... tapi ni baru episod pertama .. belum lagik kot babak-babak yang menyeramkan keluar ...

Sinopsis oleh : aznanie 

You saka pergi jauh-jauh ni mengisahkan tentang Nia (Eira Syazira) percaya yang keluarga dia dijaga oleh Puteri Jarum Permata dari dunia halus. Nia menyeru supaya Puteri Jarum Permata hadir untuk melindungi dirinya dari gangguan saka ibunya, Gelam. Namun perbuatan Nia itu hanya mendapat ejekan dari orang-orang sekelilingnya sahaja.

Bos tempat Nia berkerja, mahu menjodohkan Nia dengan anaknya, Fauzan yang baru balik dari luar negeri tetapi di tolak oleh Nia dengan alasan dia sudah ada pilihan hati iaitu Andrus (Nabil Ahmad). Namun Datin tak berputus asa memujuk Nia.

Andrus bercita-cita menjadi terkenal dengan mencari hantu untuk rancangan paranormal. Dia sanggup meredah tempat-tempat yang menyeramkan dan membuat rakaman di situ. Apabila dia berjaya mendapat imej hantu yang diingininya tetapi malangnya jurukameranya tidak memasukkan tape ke dalam kamera rakamannya.

Sementara itu pak lang Nia iaitu Roslan (Roy Azman) seorang lelaki lembut, menjaga ibu Nia (Rosnah Johari) yang sakit di kampung. Dia dah bosan melihat kelakuan kakaknya yang kadangkala sudah seperti nazak kemudian baik semula. Menangis, melolong, menari, menyanyi sendirian. Hingga suatu hari, ibu Nia mengeluarkan bau busuk yang teramat sangat. Ketua kampung memberitahu yang ibu Nia sebenarnya dah lama meninggal yang ada dalam badannya itu adalah sakanya sahaja. Dia menyuruh orang kampung membuka bumbung rumah dan apabila bumbung rumah dibuka, ibu Nia seakan terbakar dan sakanya meninggalkan badan ibu Nia itu.

Di rumah Nia, Gelam datang mencarinya. Andrus yang ternampak saka Gelam itu terus pengsan. Nia yang mengetahui akan kedatangan Gelam itu memarahinya dan menyuruh Gelam pergi dari rumahnya. Nia membawa Andrus balik ke kampung dan memberitahu bapa Andrus (Fauzi Nawawi) yang Andrus pengsan selepas melihat saka di rumahnya.

Semasa Nia tidur dirumahnya, Gelam cuba mengganggunya. Bersambung .... tunggu episod 2 daaaa ...

* Best betul cite ni .. kelaka gile ... ada aje lawak yang mengeletek ... masa kat opis Nia ... Nia terdengar suara berbisik memanggil nama dia ... sekali dia toleh ke belakang jek .. rupanya boss dia panggil dia ... hahaha .. boss dia buat suara mcam tu sebab sakit perut nak membuang ... haha ... lagi satu yag kelaka, masa ibu Nia dah meninggal, pak lang Nia iaitu Roslan mahu menelifon Nia untuk memberitahu yang ibunya dah meninggal tetapi ketua kampung dia tak bagi sebab saka ibunya si Gelam tengah tunggu Nia balik .. tapi yang kelaka .. handphone tu melekat kat tangan ibu Nia .. diaorang tolak-tolak tangan ibu Nia yang dah tanggal dari badan .. diaorang tak perasan ... dah lama-lama baru perasan ... haha .. lawak betul ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...