Saturday, July 09, 2011

Juara AKKF 2011 Milik Felda Tunggal

Tahniah! Tahniah! Sekalung tahniah aku ucapkan untuk seluruh warga Felda Tunggal kerana menjadi Juara AKKF 2011. Maka dengan ini 1 juta sah menjadi milik warga Felda Tunggal .. huhu ... best .. best .. berbaloi usaha mak ngan abah dan seluruh warga Felda Tunggal .. berpenat lelah mencantikkan laman ... membersihkan kawasan rumah ... menyusun atur tanaman ... membina pondok-pondok untuk bersantai ... menanam sayur-sayuran ... menjaga dan memastikan keadaan laman terjaga dan terpelihara ... huhu ... bukan kerja mudah tu ...
Blok mak ngan abah aku .. berkumpul beramai-ramai di tepi jalan menunggu ketibaan rombongan perarakan ..
Mak bergambar bersama jiran-jiran blok setelah selesai acara perarakan meraikan kemenangan Felda Tunggal sebagai Juara AKKF 2011 ..

Sebahagian orang blok lelaki menunggu ketibaan rombongan perarakan ...


Rombongan perarakan yang memperlihatkan cek replica 1 juta ... Felda Tunggal boleh!!!! ...

Kemenangan yang diumumkan oleh Dato' Najib di Felda Jengka, Pahang sesuatu yang amat bermakna bagi seluruh warga Felda Tunggal .. lebih-lebih lagi yang mengikuti rombongan ke sana ... hilang segala penat lelah bila Felda Tunggal diumumkan sebagai Juara AKKF 2011 ... suatu kenangan manis yang tak akan luput dari ingatan .. sepanjang hayat ..

Sebenarnya, sikap saling bekerjasama sesama jiran seblok .. mengikuti segala arahan yang diberikan ketua blok ... saling bantu membantu ... acara gotong royong beramai-ramai diikuti ... itulah yang penting dalam membina warga Felda yang berjaya ... bersatu kita teguh ... bercerai kita roboh ... hidup Felda Tunggal .. hidup Felda Tunggal ...

Wajah-wajah kegembiraan warga Felda Tunggal yang menyertai rombongan ke Felda Jengka, Pahang :
Pengurus Felda Tunggal ...bersama replica cek Finalis AKKF 2011 ...






Lepas ni .. ada lagi pertandingan .. Juara antara juara pulak ... kena mantapkan lagi keindahan laman umah ... kena pelbagaikan lagi tanaman dan bungaan ... persaingan lagik sengit dari dulu .. harap-harap Felda Tunggal akan muncul sebagai Juara antara Juara AKKF pulak .. amin .. amin ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...