Monday, August 29, 2011

Bebola Roti Goreng .. For Berbuka Puasa Hari Ini

Hari ni last berbuka puasa untuk tahun 2011 ... semoga dipanjangkan umur untuk kita berjumpa di Ramadhan 2012 pulak .. insyallah ... mak dah sibuk menyediakan bahan-bahan masakan di hari raya .. mesti mak cuma masak nasi ngan lauk jek .. tak pe la .. aku tolong mak wat kuih sikit ...

Tak ada idea nak masak apa sebenarnya ... kat dapur ada sebungkus roti yang tarikh luputnya dah nak tiba dah .. hehe .. jadi, belek-belek kat internet .. cari resepi roti .. tiba-tiba terpandang pulak resepi Bebola Roti Goreng ni .. tak pernah jumpa pulak sebelum ni .. hmm .. aku pun terus terasa nak mencuba resepi ni .. jom layan resepi Bebola Roti Goreng ni ..

Bebola Roti Goreng

Bahan-bahan :
Roti sandwich - potong kecil-kecil
Telur - dikocak dalam mangkuk
Lada merah - dihiris nipis
Bawang besar - dihiris halus
Serbuk lada sulah
Kiub ikan bilis
Udang basah - dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk mengoreng

Cara membuat :
Masukkan roti ke dalam mangkuk yang besar
Masukkan telur, lada merah, bawang, kiub ikan bilis
Gaul rata-rata
Masukkan garam dan serbuk lada sulah
Gaul rata-rata dan kepal-kepalkan menjadi bebola
Buat bebola roti hingga habis
Goreng seperti menggoreng jemput-jemput biasa


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...