Sunday, August 07, 2011

Filem 'Tolong! Awek Aku Pontianak'

Gila lawak cite ni .. masih nak ketawa bila teringat adegan-adegan yang mencuit hati ... best gile si Zahiril Adzim belakon .. watak dia cam mamat lurus bendul ... baik sangat le .. suka tolong orang ... asik kena buli ngan bos dia si Rashidi Ishak ..awek dia si Faezah Elai tu pun buli dia jugak ... macam-macam yang awek dia suruh semua dia wat ... last-last kena tinggal jugak ...  haha .. memang lawak .. jadi, jom layan cite Tolong! Awek aku pontianak ni ...

Sinopsis oleh : aznanie

Bob (Zahiril Adzim) selalu bermimpi yang awek dia, Ina (Faezah Elai) bertukar jadi pontianak. Bob berasa seram dengan mimpi dia tu. Pian, kawan serumahnya beritahu dia yang mimpi dia tu hanya metafora jek. Bob risau mengenangkan apa sebenarnya maksud pada mimpi dia tu.

Di pejabat, Bob selalu dibuli oleh bos dia, En.Farid (Rashidi Ishak). En.Farid ni anak pengarah syarikat tempat dia bekerja. Segala aktiviti syarikat, Bob ngan kawan-kawan dia iaitu Fatimah (Syanie) dan Noordin (Amerul Affendi) selalu dipinggirkan tetapi segala kerja-kerja dipejabat merekalah yang selalu kena buat termasuklah memberi idea dalam pembikinan iklan yang diminta oleh pelanggan syarikat mereka. En.Farid mengaku yang idea itu adalah ideanya. Tetapi Bob, Fatimah dan Noordin hanya mendiamkan diri sahaja. Kerana mereka berpendapat yang mereka adalah bos diaorang. Kalau tak puas hati pun mereka hanya bersungut antara mereka aje.

Bob berjumpa Ina untuk melamarnya. Kawan serumah dia, Pian datang pulak mengacau. Ina naik angin bila melihat Pian. Mereka bertengkar. Bob meleraikan pertengkaran mereka. Pian merajuk bila dimarahi Bob. Bob memujuk Pian. Bob memberitahu Ina yang dia mahu mengambil Ina sebagai isterinya tetapi Ina menolak dengan alasan Bob tak ada pencapaian dalam hidup. Tak ada kereta mewah. Tak ada apa-apa yang dapat membahagiakan dirinya. Pian masuk campur dengan mengatakan Ina bukanlah perempuan yang baik-baik. Yang sesuai dijadikan isteri. Ina naik angin dengan percakapan Pian itu. Sedang mereka bertengkar, telefon Ina berbunyi. Bob bertanya siapa yang menghubungi Ina, Ina memberitahu kawannya. Ina memperkenalkan Eddy (Jehan Miskin) kepada Bob. Eddy lelaki kacak dan bergaya dengan moto besarnya. Bob merayu kepada Ina jangan tinggalkan dia tetapi Ina tidak peduli. Apabila Bob menarik tangan Ina, Eddy telah menumbuk mata Bob hingga lebam. Pian ingin membantu Bob tetapi dia jugak kena penerajang Eddy. Kedua-duanya tergolek di tanah. Bob sedih ditinggal Ina. Pian memujuk Bob.


Bob ingin memulakan hidup baru. Dia mengambil keputusan berpindah dari rumahnya di Bangsar. Dia tidak mampu membayar sewa yang terlalu mahal. Lagipun dia berpindah ke Bangsar atas permintaan Ina yang mahukan tempat tinggal Bob yang mewah dan boleh dibanggakan. Jadi, Bob memilih untuk berpindah ke tempat baru yang lebih murah dan yang termampu olehnya. Tempat yang dipilih Bob itu, suatu kawasan flat yang lama terbiar. Flat itu dipenuhi sampah sarap yang tidak dibersihkan. Penghuni di situ adalah warga-warga asing seperti Nepal, Afrika dan ramai lagilah. Tetapi agen rumah tu iaitu Don (Afdlin Shauki) memberitahu yang rumah itu memang sesuai dengan Bob. Dengan kadarnya yang murah dan berpatutan. Jiran-jiran pun internasional. Bob yang lurus bendul hanya mengiakannya. Bob bersetuju setelah dipujuk oleh Don walaupun Pian menentang. Pian merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan penempatan itu. Bob tidak menghiraukan Pian kerana dia telah pun menandatangani kontrak dan telah menbayar wang sewa rumah itu pun.

Bob pergi ke rumah jirannya yang terletak berdepan dengan rumahnya. Dia hanya ingin berkenalan dengan jiran barunya. Pian yang mulai tak sedap hati mengajak Bob balik kerumah mereka sahaja. Baru sahaja mereka berpaling, pintu dibuka. Mereka terkejut melihat seorang perempuan cantik berdiri di situ. Perempuan itu memperkenalkan dirinya sebagai Maya (Sazzy Falak). Bob bertanya adakah Maya tinggal bersendirian. Maya membertitahu dia tinggal bersama adiknya, Liayana (Liayana Jasmay). Bob dan Pian terkejut dengan kehadiran Liayana dibelakang mereka. Pian memberitahu yang tempat tinggal mereka itu selamat dan bersih dari gangguan. Sebenarnya dia teruja dengan jiran baru mereka itu. Dua orang perempuan cantik.
Sebenarnya Maya dan Liyana ni hantu pontianak. Liyana bertanya pada kakaknya, Maya samaada mereka kena berpindah dari situ ke mamandangkan sudah ada manusia yang tinggal berdekatan dengan mereka. Maya memberitahu yang mereka tidak perlu berbuat demikian kerana mereka kelihatan seperti orang baik-baik. Liyana tidak mempercayai kata-kata kakaknya. Mereka bersetuju untuk menguji Bob. Maya menyamar sebagai perempuan tua (Ruminah Sidek). Dia meminta Bob menolongnya mencari alamat rumah anaknya. Bob bersetuju menolongnya dengan membawa dua buah beg yang sangat berat. Walaupun tidak berdaya, Bob tetap menolong tanpa bersungut. Mereka berulang-alik mencari alamat rumah perempuan tua itu. Akhirnya, mereka berjumpa dengan alamat rumah itu. Bob yang keletihan masih tetap tersenyum kepada perempuan tua itu. Setelah Bob pergi, Liyana mengakui yang Bob memang seorang lelaki yang baik tetapi agak lurus bendul.
Keesokkan harinya, Bob pulang awal dari kerjanya. Dia memasak rendang ayam dan ingin memberikan kepada perempuan tua yang ditolonginya semalam. Tetapi bila pergi ke situ, tiada orang pun yang menjawab salamnya. Seorang warga Afrika memberitahunya yang rumah itu sudah lama tidak berpenghuni. Bob berasa kehairanan dan semasa dia mahu pulang ke rumahnya dia terserempak dengan Maya. Dia memberitahu Maya yang dia ingin memberikan makanan yang dimasaknya pada perempuan tua yang ditolonginya tetapi perempuan tua itu dah tak ada. Maya berasa terharu dengan kebaikkan Bob itu. Bob mengajak Maya dan Liyana makan dirumahnya. Pian menceritakan yang dikampungnya dulu, dia adalah seorang pembantu bomoh yang menangkap pontianak. Liyana bertanya samada Pian pernah berjumpa dengan pontianak atau tidak. Pian menceritakan rupa paras pontianak dengan penuh perasaan.
Suatu malam, semasa Bob baru balik dari kerja, dia terserempak dengan Maya yang mahu pergi menonton wayang. Maya mengajaknya menemaninya. Bob bersetuju. Mereka menonton cerita hantu. Bob ketakutan di dalam panggung wayang.
Dalam perjalanan pulang, bag tangan Maya diragut oleh sekumpulan mat rempit. Bob cuba mengejar peragut itu. Tetapi malangnya dia dibelasah oleh mat rempit yang ramai itu. Maya yang menyaksikan kejadian itu, bertindak bertukar wajah. Dia menjadi pontianak untuk menakutkan mat rempit itu. Mat rempit yang ketakutan terus memecut motosikal mereka dan terus menyerah diri pada polis yang sedang membuat sekatan jalan raya.
Bob yang pengsan akibat dibelasah oleh mat rempit itu dibawa pulang oleh Maya. Maya lah yang menjaga Bob sepanjang Bob tidak sedarkan diri. Bila Bob sedar, dia bertanya samada Maya ok atau tidak. Maya terharu dengan keperihatinan Bob itu. Sedang mereka berbual, En.Farid datang ke rumah Bob. Dia bertujuan untuk menyuruh Bob mencari idea untuk projek terbaru syarikat mereka. Bob memberitahu yang dia sedang usahakannya. Maya membantah dengan menyatakan yang Bob masih sakit. Perlu rehat yang secukupnya. En.Farid menawarkan pekerjaan kepada Maya. Dan Maya bersetuju bekerja asalkan bersama Bob.

Di pejabat, apabila En.Farid selesai membentangkan idea ciplaknya kepada klien syarikat mereka, Maya terus memberitahu En. Jamal (Datuk Jalaludin Hasaan) yang Bob jugak ada idea untuk dibentangkan. Pada mulanya, Bob agak takut-takut tetapi kama-kelamaan dia bersemangat membentangkan ideanya. Dan kliennya bersetuju dengan idea Bob itu. En.Jamal berasa gembira akhirnya, Bob berani bersuara. Dia sudah lama tahu yang idea Farid selama ini datangnya dari Bob dan kawan-kawannya. Bob dinaikkan pangkat sebagai ketua yang mewakili kawan-kawannya untuk membentangkan idea pada masa-masa akan datang.
 Kawan-kawan Bob berasa gembira di atas kejayaan mereka. Mereka meraikannya dengan makan-makan dan karaoke di rumah Bob. Bob menyanyikan lagu untuk Maya. Lagu yang mencurahkan isi hatinya pada Maya. 
Faizal cuba untuk mengorat Maya. Tetapi tidak dilayan oleh Maya. Faizal dan Kamal membuat satu rancangan jahat. Ketika Maya dan Bob sedang berbincang, Kamal menyuruh Bob mengambil laptop Faizal di parking lot. Tinggal lah Maya keseorangan. Tiba-tiba lampu terpadam. Maya terdengar suatu bunyi. Di belakang Maya, Kamal yang berselubung putih menyamar sebagai hantu untuk menakutkan Maya. Tiba-tiba Kamal menjerit dan berlari dari situ. Maya telah berubah menjadi pontianak. Faizal yang bersembunyi yang kononnya menjadi penyelamat Maya telah datang untuk membantu Maya. Tanpa disedarinya yang Maya telah berubah menjadi pontianak. Faizal pengsan disitu. Maya mendapatkan Bob dan memberitahu yang Faizal menyuruh mereka balik sahaja.
Faizal tidak puas hati. Dia yakin yang Maya adalah pontianak. Tetapi dia tidak ada bukti. Tiba-tiba dia terlihat seorang bomoh dari Johor (Harun Salim Bachik) sedang diwawancara di dalam tv. Dia meminta bantuan Pian untuk menjayakan rancangannya. Pian bersetuju setelah dijanjikan akan dapat menggunakan kereta Faizal selama seminggu. Faizal membuat rancangan untuk mengadakan parti kostum.
 Kamal yang dalam perjalanan mencari bomoh dari Johor itu telah terserempak dengan seorang perempuan cantik (Nurul Huda). Dia meminta menumpangkannya ke Kuala Lumpur. Kamal bersetuju menumpangkannya memandangkan dia pun mahu ke Kuala Lumpur. Sesampai di Kuala Lumpur, Kamal dipelawa masuk ke rumah perempuan cantik itu. Kamal bersetuju. Di rumah itu, barulah Kamal tahu yang perempuan itu sebenarnya pontianak. Kamal menjerit ketakutan.

Maya dan Bob diumumkan pasangan paling sesuai jadi dapat hadiah. Hadiahnya seutas rantai. Semasa Bob mahu memakaikan rantai itu ke leher Maya, Maya tidak mahu dan pergi dari situ. Bob mendapatkan Maya. Maya berterus terang pada Bob siapa dirinya yang sebenar. Tanpa mereka sedar, Faizal dan Pian bersembunyi di balik pokok. Bila Maya mencabut paku yang berada di tengkuknya, Pian dan Faizal mendapatkan Bob. Bila Maya berpaling aje, mereka semua terus menjerit dan melarikan diri. Maya berasa sedih. Liyana memujuk Maya dan mereka pulang ke rumah mereka. Di rumah, mereka mendapati kakak mereka iaitu Nadia ada dirumah mereka. Mereka jugak terpandangkan Kamal yang telah diikat oleh Nadia. Maya meminta Nadia melepaskan Kamal. Tetapi Nadia tidak mahu.

Mereka berlawan sesama mereka. Nadia mencekik Maya. Dia dapat menghidu bau manusia pada diri Maya. Maya memberitahu mereka boleh hidup tanpa meminum darah manusia. Sumpahan itu noleh dilawan kalau semangat mereka kuat. Nadia tidak mempercayainya. Liyana pergi mencari bantuan untuk menolong Maya.

Faizal menenangkan Bob. Dia memberitahu yang dia dah memanggil bomoh yang handal untuk menangani masalah itu. Bob menyatakan yang mereka itu baik dan dia cintakan Maya. Bob pergi mencari Maya. Liyana sampai di rumah Faizal. Dia meminta Bob menyelamatkan Maya dari cengkaman Nadia. Bob meminta Faizal dan Pian membantunya. Faizal tak mahu. Datang bomoh yang dinantikan Faizal. Mereka semua pergi ke rumah Bob.

Sesampai dirumah Bob, Bob mengumpan Nadia ke luar. Bila Nadia dah keluar dari rumah itu, mereka cuba memasukkan paku di tengkuk Nadia. Nadia mencekik Bob hingga pengsan. Dia menyangka yang Bob dah mati. Maya yang melihat Bob jatuh terus berlawan dengan Nadia. Sedang mereka berlawan, Bob bangun dan memasukkan paku ke leher Nadia. Nadia terbakar dan hancur menjadi debu.

Seperti yang dijanjikan, Maya dan Liyana kena pergi dari kehidupan manusia. Bob tidak mahu Maya meninggalkannya. Dia membuka paku yang ada di tengkuk Maya dan memberitahu yang dia cintakan Maya walau apa yang terjadi pada Maya. Dia mencium dahi Maya dan Maya berubah menjadi manusia. Rupanya sumpahan itu akan terlerai apabila bertemu cinta sejati. Tamat ...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...