Wednesday, August 24, 2011

Ikan Cencaru Bakar, Sambal Belacan, Kerang Rebus Dan Masak Lemak Pucuk Ubi ... Sajian Berbuka Hari Ini ..

Masak nasi putih ngan lauk pauk jek ari ni .. tak wat kuih .. beli jek kuih .. lagipun adik ipar ku nak datang petang ni .. berbuka puasa bersama abang dan kakak iparnya ni .. huhu .. minggu ni last le dia datang berbuka puasa kat umah aku ni .. minggu depan dah raya dah .. aku pulak yang ke sana .. hehe ..
Lauk yang aku nak masak petang ni ... ikan cencaru bakar .. makan dengan sambal belacan .. pastu, kerang rebus ngan masak lemak pucuk ubi .. ingatkan nak cari pucuk paku ... tak de la pulak pucuk paku kat gerai sayur tadi .. terpaksa lah diganti dengan pucuk ubi .. rebus lembut-lembut .. baru syok makan .. hehe ..
Masak Lemak Pucuk Ubi
Bahan-bahan :
Pucuk ubi - direbus dan dipotong kecik-kecik
Santan
Ikan bilis - ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan dalam periuk
Kacau-kacaukan ia
Bila dah mendidih, tutup api (jangan lama-lama, nanti pecah santan tak sedap)
Ikan Cencaru Bakar
Bahan-bahan :
Ikan cencaru - dibersihkan
Garam
Asam Jawa

Cara membuat :
Ikan cencaru dilumur dengan garam dan asam jawa
Bakar atas kuali leper
Balik-balikkan ia
Bila ikan dah masak dikedua-dua belah, angkat dan hidangkan
Kerang Rebus
Bahan-bahan :
Kerang - dibersihkan
Serai - diketuk
Garam dan ajinomoto secukup rasa
Bawang merah - dihiris
Daun kunyit ( terpulang pada citarasa masing-masing - nak letak boleh, tak nak letak pun tak pe)

Cara membuat :
Rebus kerang yang telah dibersihkan
Bila kerang dah menggelegak, buang air kerang tadi
Pastu, rebus semula kerang
Masukkan bawang merah, serai, daun kunyit, garam dan ajinomoto secukup rasa
Bila kuah kerang menggelegak, tutup api dan hidangkan

Sambal Belacan
Bahan-bahan :
Belacan - dibakar
Tomato buah
Lada kecik (cili padi)
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuat :
Masukkan semua bahan kecuali tomato buah dalam lesung batu
Bila bahan dah lumat ditumbuk baru masukkan tomato buah
Lenyek-lenyekkan tomato buah menggunakan anak lesung sehingga sebati dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi
Keluarkan dari lesung dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...