Monday, August 15, 2011

Kuih Keria

Hari ni nak buat kuih keria .. keledek dah beli ... teringin pulak nak makan kuih keria .. maklum le bulan puasa ni banyak yang teringin nya .. hehe .. siap jek makan sahur .. automatik terus tepikir nak buka apa petang nanti .. hehe .. biasalah kan fenomena tu .. maklum le orang perempuan .. tugasnya menyediakan makanan .. jadi kenalah stand by awal-awal .. tak le kelam kabut nanti .. hehe .. alasan ..

Kuih Keria / Kuih Tayar
Bahan-bahan :
Keledek - direbus bersama garam sedikit
Tepung gandum
Gula

Cara membuat :
Keledek yang telah direbus tadi dibuang kulit dan lenyekkan hingga hancur
Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh
Bentukkan seperti tayar
Goreng ia hingga kuning keemasan

Cara menyira kuih keria :
Masukkan gula dan air dalam kuali
Didihkan ia sehingga likat
Masukkan kuih keria tadi dan gaul sebati. Pastikan semua bahagian kuih keria terkena gula
Kacau hingga gula nampak bertali baru tutup apinya
Kacau lagi sehingga gula kering dan kuihnya tidak melekit lagi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...