Tuesday, August 23, 2011

Lempeng Cicah Sambal Telur

Hari ni aku wat lempeng cicah ngan sambal telur jek untuk berbuka puasa  .. dah tak de idea dah nak masak apa .. terfikir pulak nak masak lempeng ni .. buat jek la .. bahan-bahan semua ada kat dapur tu .. orait la tu .. lagi pun lama dah tak makan lempeng cicah sambal telur ni .. biasa buat sambal bilis atau sambal sardin jek ... kali ni wat sambal telur pulak .. sedap jugak kan ..

Lempeng Cicah Sambal Telur
Bahan untuk lempeng :
Tepung gandum
Garam secukup rasa
Air masak
Sedikit minyak masak (supaya lempeng tak melekat pada kuali)

Bahan untuk sambal telur :
Telur - digoreng hancur-hancur
Lada kering- direbus dan diblend
Bawang merah -diblend
Bawang putih - diblend
Bawang besar - dihiris nipis
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Sos tiram - 1 sudu makan
Air asam jawa

Cara buat lempeng :
Tepung gandum di gaul rata bersama garam
Masukkan air masak dan bancuh tepung hingga sebati (jangan ada yang berketul)
Masukkan sedikit minyak masak dan gaul rata
Panaskan kuali dan leperkan tepung dalam kuali
Balik-balikkan ia
Bila kedua-dua belah dah nampak kering bolehlah diangkat dan dihidangkan

Cara buat sambal telur :
Tumiskan bahan yang diblend tadi hingga garing
Masukkan bawang besar dan gaulkan bersama bahan yang ditumis itu
Masukkan sos tiram, gula, garam dan ajinomoto secukup rasa
Masukkan telur yang digoreng hancur-hancur tadi
Masukkan air asam jawa
Kacau-kacaukan ia hingga larut dengan semua bahan
Bila kuah mulai memekat, tutuplah api dan hidangkan ia

Untuk tambahan aku wat sambal ayam sekali .. bukan apa, ayam goreng lebih sahur ada lagi .. buat sambal ayam pun sodap .. makan dengan lempeng pun nyam jugak .. boleh la kan .. hehe ..

Sambal Ayam
Bahan-bahan :
Ayam - goreng dan dihiris-hiris
Lada kering -direbus dan diblend
Bawang merah - diblend
Bawang putih - diblend
Halia -diblend
Bawang merah - dihiris
Sos tiram - 1 sudu
Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuat :
Tumis bahan blend hingga garing
Masukkan bwang besar yang dihiris
Gaul rata
Masukkan sos tiram, gula, garam dan ajinomoto secukup rasa
Gaul-gaulkan ia
Masukkan ayam dan air asam jawa
Gaul lagi hingga sebati
Biarkan kuah mereneh
Bila kuah mulai memekat, tutup api dan hidangkan ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...