Sunday, August 28, 2011

Lirik lagu 'Selamat Hari Raya - Saloma'



Layan lagu raya lagi .. best .. best .. lagi sehari jek lagi nak raya .. yahuuuu .. haha .. cam bebudak pulak over nya ... sekejap jek rasa dah nak sebulan berpuasa .. dah nak raya .. aku cam biasa le .. raya balik umah mentua ... menunaikan tanggungjawab ku sebagai kakak ipar sulung di rumah itu .. huhu .. tak pe .. aku ikhlas melakukan tanggungjawab itu .. soooo .. kita enjoyyyyy ...

Selamat Hari Raya - Saloma

Selamat aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramadhan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Miskin kaya memakai baju baru warna warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya

Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Selamat aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramadhan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Ku berdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat Hari Raya .....


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...