Sunday, August 28, 2011

Mee Bandung .. Sajian Berbuka Puasa Hari Ini

Hari ni aku masak mee bandung .. sebenarnya .. aku cuma masak kuah dia jek .. sebab mee kuning tinggal umah mak .. suruh adik aku, tam celurkan mee kuning nya .. jadi hari ni aku cuma masak kuah mee bandung .. kelaka kan .. mee nya masak kat sana .. kuahnya masak kat sini .. tak pe la ... kurang sikit keja aku .. haha .. melawak jek ..

Resepi Kuah Mee Bandung
Bahan-bahan :

Lada kering - direbus dan diblend
Bawang merah -diblend
Bawang putih - diblend
Udang geragau - diblend
Daging - direbus dan dihiris nipis
Udang basah - dibuang kulit
Sayur sawi - dipotong sedang
Sos tiram - 1 sudu
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Bancuhan tepung jagung
Telur - terpulang pada anda
Air rebusan daging secukupnya

Cara membuat :
Tumiskan bahan yang diblend tadi hingga garing
Masukkan sos tiram dan kacaukan ia
Masukkan daging dan udang
Kacaukan lagi
Masukkan air rebusan daging sebanyak yang diperlukan (jangan banyak sangat, nanti cair kuah tak best)
Masukkan garam, gula dan ajinomoto
Kacaukan sebentar dan biarkan ia menggelegak
Masukkan sayur sawi dan bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Gaul sebati
Bila kuah mulai menggelegak semula, masukkan telur
Sebiji demi sebiji  (jangan dikacau, nanti telurnya pecah)
Bila telur dah mulai mengeras, barulah boleh dikacau dengan berhati-hati
Bila kuah dah nampak pekat, bolehlah tutup apinya
Hidangkan bersama mee kuning yang telah dicelur

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...