Wednesday, August 03, 2011

Resepi Buah Melaka / Onde-Onde

Buah Melaka / Onde-Onde
Bahan-bahan :
Tepung pulut
Gula kabung
Garam
Pewarna hijau / air pandan
Air
Kelapa parut (ambil yang putihnya sahaja dan di gaul dengan garam)

Cara membuatnya :
Masukkan tepung pulut dalam mangkuk
Kemudian, masukkan air pandan atau air pewarna hijau
Uli sehingga adunan menjadi lembut dan boleh dibentuk
Cubit adunan sebesar guli dan leperkan
Letakkan gula kabung di tengah-tengahnya
Tutup gula kabung tu dengan membentuk adunan tepung tadi menjadi guli kembali
Pastikan gula kabung itu tidak terkeluar
Didihkan air dalam periuk
Masukkan adunan yang telah siap dibentuk seperti guli tadi ke dalam air yang telah mendidih
Buat sehingga adunan habis
Bila bebola kuih itu telah timbul di permukaan air, itu tandanya kuih telah pun masak
Bolehlah di angkat
Gaulkan bersama kelapa parut yang telah diletak garam tadi
Buah melaka telah siap ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...