Sunday, August 07, 2011

Resepi Hati Lembu Masak Berlada

Hati lembu masak berlada ni lauk untuk sahur tadi ... untuk makan sahur semestinya yang kering-kering ... anak-anak tak makan lauk berkuah .. tak selera ... maklum le mata kelat-kelat bangun tidur ... apa pun tak selera .. hehe ... mama ngan abah dia tak kisah .. apa pun leh masuk .. janji mengenyangkan perut .. hehe ...

Resepi Hati Lembu Masak Berlada
Bahan-bahan :
Hati lembu - dibersihkan dan dipotong dadu memanjang
Lada kering - direbus dan diblend
Bawang merah - diblend
Bawang putih - diblend
Halia - diblend
Daun kunyit - dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sos tiram - 1 sudu kecil
Air asam jawa

Cara membuat :
Tumiskan bahan blend hingga garing
Bila dah nampak garing, masukkan sos tiram, garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Masukkan hati lembu dan gaul sebati dengan semua bahan-bahan tadi
Masukkan air asam jawa
Biarkan mereneh sebentar
Bila kuah mulai memekat, masukkan daun kunyit
Kacau-kacaukan ia
Tutup api dan hidangkan dengan nasi panas ...

1 comments:

Unaizah San said...

Kuah sambal hati lembu ni buat rasa bertambah terliur je.. hihi.. mesti sedap makan dengan nasi panas.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...