Tuesday, August 09, 2011

Resepi Maggi Goreng Sosej

Best jugak idea anak aku suruh wat maggi goreng untuk buka puasa petang ni ... sosej ada dalam peti tu .. daging ayam pun ada sikit lagi tu .. cukup le tu buat rencah maggi goreng ni ... sayur tak yah le .. bebudak ni bukannya makan sangat sayur .. hehe .. alasan aku tu .. malas nak gi gerai sayur sebenarnya .. haha ...

Maggi Goreng Sosej
Bahan-bahan :
Maggi (yang peket tanpa perencah tu - aku guna jenama Cintan) - direbus sekejap dan ditoskan
Lada kering - direbus dan diblend
Bawang merah - diblend
Bawang putih - diketuk
Sosej - dipotong baji
Isi ayam - dipotong dadu
Cili padi -diketuk (bagi yang suka pedas)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa

Cara membuat :
Tumiskan bawang putih hingga garing
Masukkan bahan yang diblend bersama cili padi
Kacau hingga lada nampak garing
Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Kacau-kacaukan ia
Masukkan isi ayam dan sosej
Gaul sebati semua bahan
Masukkan maggi yang telah direbus dan ditoskan tadi
Kacau semua bahan hingga sebati
Tutup api dan hidangkan

*Aku tak gunakan telur sebab rasa telur boleh menyebabkan muak .. nanti makan sikit jek mee nya ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...