Thursday, August 18, 2011

Sosej Roll

Hari ni wat sosej roll .. ada yang panggil roti sosej gulung .. sama le tu .. tak ada idea nak masak apa .. dalam peti ais ada sosej .. roti lebihan wat sardin roll semalam ada lagi .. gulung jek la .. hehe .. mudah dan ringkas ..

Cara buat sosej roll ni mudah aje .. memula, leperkan roti sandwich .. pastu rebus sosej .. kemudian, letak sosej dihujung roti dan gulungkan jek .. gam dihujungnya dengan menggunakan tepung yang dibancuh dengan air ... celupkan dalam telur yang telah dikocak bersama sedikit garam ... pastu goreng dalam minyak yang panas .. bila roti nampak kekuningan, angkat dan toskan minyaknya .. dah pun siap .. ringkas tapi sedap .. ayen ngan aisy suka betul sosej roll ni .. tapi aisy punya kerenah .. hmm .. makan sosej jek .. roti dia tak makan .. aku lah yang jadi mangsa menghabiskan roti dia .. anak aku ni .. macam-macam ..

2 comments:

raflessia07 said...

thx. nk try. inti dia boleh ganti dgn apa ek

tentang aku said...

salam Raflessia ...
selain guna sosej .. buleh gantikan dengan sardin atau isi ketam (yg panjang kala merah) atau guna inti karipap pun buleh atau sambal telur (yg hancur) .. macam-macam lah buleh di gantikan .. ikut kreativiti masing-masing .. janji sedap .. selamat mencuba ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...