Sunday, January 01, 2012

Happy New Year 2012

 Selamat tahun baru 2012 aku ucapkan buat en.suami dan anak-anak .. juga tak lupa untuk semua kaum keluarga, sahabat handai, kawan-kawan fb, kawan-kawan bloger dan kepada semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... semoga kedatangan tahun baru ni akan membawa perubahan yang lebih baik dalam hidup kita ... jika azam tahun lepas tidak dapat dilaksanakan ... bawa azam itu untuk dilaksanakan tahun ini .. insyallah .. jika kesungguhan dan semangat yakin boleh itu ada dalam diri kita .. pasti akan dapat jugak dilaksanakan apa yang kita impikan itu .. yang penting jangan cepat berputus asa .. fighting!!!! hehe ...

Tahun 2011 banyak meninggalkan pahit manis dalam kehidupan ku ... itulah yang dinamakan kehidupan .. yang baik kita jadikan teladan .. yang buruk jadikan sempadan .. ambil pengajaran disebalik kegagalan itu ... untuk maju jangan toleh ke belakang .. terus .. dan terus melangkah menuju ke hadapan ... ada kalanya kita rasa penat tetapi berkat sokongan dan dorongan dari orang-orang tersayang ... kita mampu mengatasi segala cabaran dan dugaan hidup ini ... jadi .. semoga tahun baru ini memberi lebih ..  dan lebih kegembiraan kepada kita semua .. insyallah .. amin .. amin ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...