Thursday, March 29, 2012

Resepi Sambal Tumis Kerang Berkulit

Hari ni masak sambl tumis kerang ... tak yah bukak kulit .. masak ngan kulit-kulit sekali .. hari tu dah buat tapi tak snap pic .. kali ni nak buat resepi ngan tepek pic sekali ... hehe .. senang jek cara membuatnya .. aku suka sangat masak sambal tumis kerang cara ni .. anak-anak pun suka .. en.suami suka jugak tapi kalau yang dah kopek kulit tu dia lagi suka .. hehe .. tak pe la ya en.suami .. nanti abah nak makan mama kopek kan kerangnya .. hehe ...

Sambal Tumis Kerang Berkulit
Bahan-bahan :
Kerang - dibersihkan
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Lada kering -direbus dan diblend
Halia - ditumbuk
Serai - dititik
Garam, ajinomoto dan gula - secukup rasa
Air asam jawa sebanyak yg diperlukan

Cara membuat :
Tumis bahan tumbuk dan lada kering yang dah diblend tadi hingga garing
Masukkan serai dan gaul rata
Masukkan kerang yang telah dibersihkan
Masukkan air asam jawa dan gaul rata
Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Kacau sebentar supaya semua bahan serata
Biarkan sehingga kerang mulai terbukak kulitnya
Kacau-kacaukan ia
Bila kuah mulai mengering dan pekat, tutup api dan hidangkan ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...