Wednesday, April 25, 2012

Sinopsis Novel 'Kau Yang Ku Sayang - Kamariah Kamaruddin'

Novel ini dicetak pertama kalinya pada tahun 2004 ... aku beli novel ni pun pada tahun 2004 .. maknanya dah 8 tahun usia novel ni ... tua anak bujang ku 3 tahun aje dari novel ni .. sebab aku jaga baik maka novel ni masih berada dalam keadaan yang amat baik sekali ... sekali pandang cam novel baru .. cewah ... puji diri sendiri nampaknya .. hahaha ... hari ni nak buat sinopsis novel Kau Yang Ku Sayang ni ... jom, layan sinopsisnya ...

" Kau berjaya mencuri hati ku ...
Namun sayang mengapa tak dapat ku miliki hati mu? "

Sinopsis oleh : aznanie

Nuramalina gadis yang tidak pernah melebihkan pekara lain selain dari pelajarannya. Di didik dengan didikan agama yang tinggi dari ayah dan ibunya, yang merupakan seorang pendakwah. Ustaz Haji Mohammad Syeikh Abdul Hadi dan Ustazah Hajah Marbiah tidak tega melihat anak perempuan keduanya ini leka dengan urusan dunawi sahaja. Di bekalkan dengan ilmu agama yang mencukupi untuk menjadi pegangan dan pedoman dalam melayari kehidupan. Di tiupkan semangat melalui hadis-hadis Nabi dan doa-doa penenang jiwa tatkala di landa kerungsingan jiwa.

Persahabatan bersama Fauzi yang merupakan jirannya di kampung halaman ada pasang surutnya. Berpisah dan bertemu dan berpisah kembali membuatkan Nuramalina tidak menaruh harapan yang tinggi pada jejaka itu walaupun ada nada-nada inginkan kesetiaan dari pihak Nuramalina. Namun, sikap membisu Fauzi menenggelamkan gelodak rasa di hatinya.

Perkenalan dengan Ustaz Azam Azhari sedikit sebanyak menghantar rasa dalam hati wanitanya. Malangnya, lelaki itu tidak berani meluahkan rasa. Lamaran dari Ustaz Mohd Fakhrul di terima keluarganya. Membantah ditakuti memalukan keluarganya. Menurut akan ada hati yang terluka. Akhirnya Nuramalina pasrah. Merestui pilihan keluarga yang diyakininya akan membawa kebahagiaan kepadanya. Namun akhirnya teka-teki siapakah gerangan yang menjadi tunangannya terbongkar jua. Rupanya Nuramalina ditunangkan dengan Ustaz Azam Azhari yang nama sebenarnya adalah Ustaz Mohd Fakhrul Azam Azhari. Dia bersyukur kerana orang yang menjadi tunangannya adalah orang yang sama yang menghantar getar di hatinya.

Kepulangan Fauzi menghantar resah di jiwa. Tak tau di mana silapnya. Fauzi kah yang bersalah kerana di luar duganya semua perhubungan ke Malaysia di sekat ayahnya atau Nuramalina kah yang bersalah kerana terlalu cepat menoktahkan sebuah cinta. Tapi yang nyata, tiada jodoh antara mereka. Fauzi akhirnya menerima ketentuan yang telah di caturkan ALLAH kepada takdirnya. Nuramalina bersyukur dengan apa yang terjadi. Sesungguhnya ada hikmah di setiap kejadian. Tamat ...

Penulis : Kamariah Kamaruddin
Terbitan : Creative Enterprise
Point : 4/5

* Novel ni adalah sebuah novel yang amat padat dengan ilmu .. maksudnya terdapat banyak hadis-hadis yang berkaitan dengan kehidupan seharian ... doa-doa untuk kesejahteraan diri .. tip-tip untuk mendidik anak-anak supaya mendengar kata ... cara mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai ... seiring kejayaan di dunia dan di akhirat ... best .. cuba lah baca novel Kau Yang Ku Sayang ni .. walaupun tajuk dia cam jiwang-jiwang .. tapi bab perasaan tak ketara di tunjukkan ... semuanya berlandaskan tuntutan dan ajaran agama islam yang suci dan indah ini .. alhamdulilah ... semoga kita mendapat ilmu dari pembacaan novel ini ...
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...