Sunday, June 17, 2012

Cerekarama TV3 'Begitulah Sayang'

Cerekarama malam tadi adalah sempena hari bapa yang jatuh pada hari ini 17/6/2012 ... kisah pengorbanan seorang ayah membesarkan anaknya setelah isterinya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak dan dirinya, sebagai suami ... si ayah sentiasa menanamkan perasaan sayang dalam diri anaknya yang mulai membenci ibu kandungnya sendiri ... si ibu yang terlalu angkuh dengan kemewahan yang dimilikinya melupakan tanggungjawab terhadap anak dan suami dan berlaku curang bersama lelaki lain yang ternyata lebih berminat dengan kemewahan yang dimilikinya ... wahhhhh ... berat bunyinya kannn ... aku suka betul kalau Norish Karman yang berlakon ... menjadi betul lakonan dia ... watak jahat yang dipegangnya hidup ... maklum ler kan ... artis veteran ... dah banyak pengalaman berlakon ... bermacam-macam watak di dah bawak ... semuanya kena ngan diri dia ... so .. jom layan sinopsis cerekarama Begitulah Sayang ni ...


Sinopsis oleh : aznanie

Julia terbawa-bawa dengan budaya asing setelah 5 tahun tinggal di Australia. Tersasar jauh dari landasan agama dan budaya sebagai orang melayu. Dato' Rahim malu dengan perlakuan Julia itu. Dia mengahwinkan Julia dengan pegawal peribadinya, Amir.

Perlakuan Julia tetap tidak berubah walaupun sudah berkahwin. Dia tidak pernah menghormati Amir sebagai suaminya. Setelah mempunyai seorang anak perempuan Zana, Julia tidak menjaga dan memberi kasih sayang yang sewajarnya kepada Zana. Hanya Amir yang bersungguh menjaga dan memberi kasih sayang kepadanya.

Setelah kematian ayahnya, Julia semakin angkuh. Tidak tahan dengan perlakuan Julia itu, Amir membawa Zana keluar dari rumah itu. Julia tidak kisah kerana dia tidak rasa perlunya mereka dalam kehidupannya. Ketiadaan Amir di rumah itu, Julia semakin berani membawa lelaki balik ke rumah. Perbuatannya itu tidak di senangi oleh ibunya. Apabila ibunya menasihatinya, ibunya telah dihalau dari rumah. Bertapa sedih hati ibu tua itu. Amir mengambil ibu Julia dan tinggal bersamanya.

Dengan usaha yang gigih, Amir berjaya membuka membuka restoran miliknya. Restorannya maju dan dikenali ramai. Zana mulai membenci ibunya tetapi Amir sentiasa menasihati Zana supaya tidak berperasaan begitu. Zana kena sayangkan ibunya walau apa keadaan sekali pun. Zana tidak memahami kata-kata ayahnya itu. Baginya hidupnya hanya ada kasih sayang ayahnya sahaja. Dia amat menyayangi ayahnya. Ayahnya adalah ayah terhebat yang dia ada.

Hari berlalu, Julia mulai sangsi dengan perlakuan Daniel. Kewangan syarikat semakin merosot. Daniel mengambil wang syarikat tanpa pengetahuannya. Daniel mengugut Julia supaya tidak melaporkan segala perbuatannya kepada pihak polis. Sekiranya Julia tetap melaporkan perbuatannya pada pihak polis dia akan menyebarkan gambar-gambar Julia sewaktu bersamanya. Julia berang dan mereka bertengkar. Daniel mulai menunjukkan belangnya. Daniel bermesra dengan perempuan lain. Julia memujuk Daniel supaya kembali kepadanya tetapi Daniel tidak mengendahkannya.

Malang semakin menghimpit dirinya apabila dia diberitahu syarikatnya menghdapi masalah kewangan. Dan pada masa yang sama, dia mendapat tahu yang dirinya disahkan menghidap kanser perut. Dia mulai mencari ibunya, tetapi tidak berjumpa. Apabila terjumpa Amir, dia terus menyerang Amir dengan kata-kata yang menyakitkan hati. Dia menuduh Amir sengaja berbuat begitu kerana mahukan orang menggangap dirinya baik dan betul sentiasa. Amir menafikan tuduhan itu. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk ibu Julia itu.

Zahlia yang tidak berpuas hati dengan perlakuan Julia itu memberitahunya yang Amirlah yang menolong syarikatnya yang menghadapi masalah kewangan itu. Julia terkejut dengan pernyataan Zahlia itu. Julia mulai menyedari kesilapanya. Dia mahu menebus kesalahannya memandangkan dirinya sudah tidak dapat hidup lama lagi. Zahlia membawa Julia bertemu dengan Amir dan ibunya. Julia dengan rendah diri meminta keampunan dari Amir dan ibunya. Semasa mereka berbual, Zana pulang dari sekolah. Dia melihat ibunya berada di rumahnya. Apabila Julia terlihat Zana dia memanggil Zana tetapi Zana melarikan diri. Julia dapat menangkap Zana dan meminta Zana memaafkan perbuatannya dulu. Tetapi Zana tidak mahu memaafkan ibunya. Padanya ibunya adalah seorang ibu yang jahat. Zana melarikan diri dari situ. Julia tidak dapat mengejarnya kerana perutnya sakit dengan tiba-tiba. Amir yang terlihat Julia kesakitan, terlihatkan darah yang mengalir di kaki Julia dan membawa Julia ke hospital.

Zana yang sedih dengan kejadian tadi duduk di tepi tasik. Dia mengeluarkan kad yang dibuatnya sempena hari bapa yang mahu diberikan kepada ayahnya. Dia teringat kata-kata ayahnya supaya memaafkan ibunya dan jangan membenci ibunya.

Amir cuba menghubungi Zahlia tetapi tiada jawapan. Julia yang terlantar di katil hospital masih tidak sedarkan diri. Amir menbuat keputusan untuk mencari Zana. Tetapi sebaik sahaja pintu dibuka, Zahlia dan Zana berdiri si situ. Amir membawa Zana berjumpa Julia. Apabila Zana memegang tangan Julia, Julia terus membuka matanya. Dia meminta Zana memaafkan dirinya dan mahukan Zana menerimanya kembali sebagai seorang ibu. Zana hanya memberikan senyuman kepada Julia. Tamat ....

Para pelakon : 
Zamarul Hisham sebagai Amir
Norish Karman sebagai Julia
Azri Iskandar sebagai Daniel

* Best jugak jalan ceritanya ... touching jugak ... kesian Amir ngan Zana jadi mangsa keangkuhan Julia ... sedih tengok Zana yang dahagakan kasih sayang seorang ibu .. nasib baik ada ayah yang sangat memahami dan memberikan sepenuh kasih sayang dan perhatian padanya ... buat jahat di balas jahat .. padan muka Julia kena khianat dengan Daniel ... haha ... ALLAH bayar cash kat dunia lagi ... menghidap kanser perut lagi ... nasib baik Amir ngan Zana memiliki hati yang sangat baik ... segalanya berakhir dengan bahagia ... nasib baik ending best .. huhu ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...