Saturday, June 16, 2012

Panggung Sabtu Di TV3 : Bewafaa

 Tak de kerja nak buat petang-petang ni ... layan cite hindustan kat tv3 lah ... tajuk Bewafaa maknanya takdir .. betul ker ??? jumpa kat carian google ni ... hehe ... Bewafaa ni mengisahkan tentang pengorbanan seorang gadis terhadap kakak dia ... dia terpaksa mengahwini abang ipar dia setelah kematian kakak dia ... kakak dia mati setelah melahirkan sepasang anak kembar ... walaupun abang ipar dia tidak memperdulikan dia pada awalnya tetapi akhirnya menyedari kesilapan diri .. namun sedikit terlewat kesedaran itu bila kekasih lama si isteri kembali menagih cinta lama ... cewahhh ... gituuuu kan .. so .. jom layan sinopsis cite Bewafaa ni  ....


Sinopsis oleh : aznanie

Anjali seorang gadis kacukan yang tinggal di Kanada bersama ibu dan bapanya. Ibunya berasal dari Kanada. Mempunyai seorang kakak yang tinggal di India. Aarti sudah berkahwin selama 10 tahu tetapi tidak dikurniakan anak. Setelah mendapati dirinya hamil, dia membuat keputusan untuk pulang kepangkuan keluarganya di Kanada. Anjali memperkenalkan teman lelakinya, Raja kepada Aarti. Raja seorang pemuzik yang baru menceburkan diri dalam bidang seni itu. Aarti begitu menyenangi perwatakan Raja yang romantik dan begitu menyayangi Anjali.

Tiba saat melahirkan anak yang dikandungnya. Anjali menjemput abang iparnya di lapangan terbang. Setibanya di hospital, mereka diberitau berita kematian Aarti. Aarti meninggal dunia selepas melahirkan sepasang anak kembar. Sejak itu kehidupan Aditya berubah. Dia selalu termenung dan menyendiri. Ibu bapa Anjali menyarankan Anjali mengantikan tempat Aarti supaya Aditya dan anak-anaknya terurus. Anjali terpaksa mengorbankan perasaan cintanya pada Raja demi kebahagiaan insan-insan kesayangan kakanya, Aarti.

Setelah berkahwin dengan abang iparnya, mereka kembali ke India. Aditya tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia baru tersedar bertanpa dia amat menyintai Aarti dan menyesal kerana selalu membiarkan isterinya itu kesepian dan keseorangan. Dalam pada masa yang sama, dia mengabaikan Anjali dan anak-anaknya. Dia membiarkan Anjali menguruskan segala keperluan anak-anaknya.

Anjali berasa hati dengan sikap Aditya itu. Dia berusaha kelihatan seperti Aarti dalam usaha menarik perhatian Aditya tetapi sikapnya itu membuatkan Aditya tidak selesa. Berkali-kali dia mengingatkan Anjali walaupun dia mengubah gaya dan pemakaiannya, dia tidak dapat menggantikan tempat Aarti. Anjali berasa sedih dengan kata-kata Aditya itu. Dia menyatakan dahulu Aarti kesepian dan keseorangan, sekarang dia pula yang merasakan begitu dan bila Aarti pergi dalam penantian yang panjang, dan dia juga akan senasib dengan kakaknya itu. Dan pastinya Aditya akan menghargai dirinya selepas kematiannya nanti sama seperti yang dilakukan Aditya terhadap Aarti sekarang. Aditya terdiam mendengar kata-kata Anjali dan mulai sedar akan kesilapan dirinya. Dia mahu mengubah dirinya selepas kembali dari Jerman nanti.

Selepas pemergian Aditya, Anjali terjumpa Raja yang pulang ke India untuk mengadakan konsert di sini. Anjali yang pada mulanya mengelak bertemu dengan Raja, terpaksa mengalah setelah Raja menegurnya. Mereka bertemu. Raja menuduhnya tidak setia dalam percintaan dan sanggup meninggalkan dirinya demi lelaki lain. Anjali menerangkan kedudukan sebenarnya. Betapa dia kesunyian dan kesepian dalam membahagiakan hidup orang lain. Setelah pertemuan itu, mereka kembali menjalin hubungan. Anjali bahagia di samping Raja.

Sekembalinya Aditya dari Jerman, dia mulai berubah. Mulai menunjukkan kemesraan pada Anjali dan meluangkan masa bersama anak-anaknya. Anjali mulai keresahan. Tetapi dia masih berhubungan dengan Raja. Perhubungan di antara Anjali dengan Raja diketahui oleh kawan baik Aditya iaitu Dil dan Palavi. Raja meyakinkan Anjali tiada apa-apa akan berlaku. Dia mengajak Anjali lari dari situ. Anjali menyetujuinya.

Apabila Anjali pulang ke rumahnya, ibu dan ayahnya sedang menunggunya. Ayahnya bangga melihat Anjali berjaya menguruskan keluarganya dengan baik. Ibu dan ayahnya mahu pergi berdoa di sebuah kuill yang terkenal di India untuk kesejahteraan hidupnya bersama keluarga Aditya. Anjali serba salah dengan ibu bapanya.

Hari terakhir Raja mengadakan persembahan di India. Dia sudah menempah tiket untuknya dan Anjali. Sedang dia bersiap-siap, Aditya datang bertemunya. Aditya memberitahu bahawa hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinannya yang ketiga bersama Anjali. Dan bercerita tentang pergorbanan yang dilakukan oleh Anjali bagi memastikan keluarganya terjaga dan terbela. Selepas Aditya pergi, Anjali pula bertemu Raja. Dia memberitahu yang dia tidak dapat mengikut Raja pergi kerana tidak sanggup menghampakan harapan dan nama baik ibu dan ayahnya. Raja berkeras mahukan dia mengikutnya walau dalam keadaan terpaksa. Anjali hanya berlalu setelah mendengar Raja berkata begitu.

Raja menahan kenderaan yang dinaiki Dil Arora dan bertindak memukulnya. Aditya tiba dan meleraikan pergaduhan itu. Aditya memberitahu yang segalanya adalah rancangannya. Dia tahu semua cerita tentang Raja dan Anjali dari mula lagi. Dia tidak menyalahkan Anjali kerana menduakannya kerana dia tahu kesilapan dirinya dulu. Dia juga tahu perkahwinan mereka bukanlah berdasarkan percintaan dan dia faham hati dan perasaan Anjali itu Aditya menyerahkan kepada Anjali membuat keputusan jalan mana yang dia mahukan. Samada masih mahu meneruskan perkahwinan bersamanya atau pergi mengejar bahagia bersama lelaki yang dicintainya, Raja. Raja mengambil peluang meyakinkan Anjali tentang perasaannya dan tentang cinta mereka yang sepatutnya bersatu sejak dulu lagi. Namun, Anjali tidak tergamak membiarkan anak-anaknya kehilangan ibu mereka sekali lagi. Dia tidak sanggup mengkhianati anak-anaknya. Raja yang mulai mengerti perasaan naluri seorang ibu berlalu dari situ. Anjali bersama Aditya kembali hanya kerana anak-anaknya dan perasaan cintanya pada Aditya mulai bercambah. Aditya berubah dari seorang yang serius kepada seorang lelaki yang penyayang. Tamat ...

Para pelakon :
Karena Kapoor sebagai Anjali
Ashay Kumar sebagai Raja
Anil Kapoor sebagai Aditya
Sushmitha Sen sebagai Aarti

* Best jugak ceritanya ... sampai habis aku tengok ... dari awal cerita aku dah harapkan Anjali bersama Aditya ... hehe ... tapi kesian jugak tengok Raja ... cinta tak kesampaian ... Raja ni suka mendesak .. mungkin sebab dia cintakan sangat si Anjali ni .. sebab tu lah dia jadi takut kalau Anjali tinggalkan dia kalau dia tak push Anjali .. tapi  memang tak de jodoh dia ngan Anjali ... akhirnya dia dapat terima hakikat dan dia pun boleh pulak jadi kawan baik Aditya ngan Anjali ... bagus betul ... hahaha ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...