Sunday, June 03, 2012

Sinopsis Novel 'Kejora Di Langit Cinta'

Novel ni adalah novel terbaru karya Anis Ayuni ... aku baru beli 4 hari lepas .. sebelum tu beli sebuah lagi novel yang bertajuk Cinta Jangan Sembunyi karya Arfa Ardiya ... jadi, aku baca novel tu dulu baru baca novel yang ni ... amik masa juga sebab novel Kejora Di Langit Cinta ni tebal sikit .. 529 mukasurat ... jalan cerita yang menarik .. baca dengan penuh penghayatan ... banyak kejadian-kejadian yang tidak di sangka .. sedih, suka, geram, gementar semua di adun menjadikan novel ni semakin di baca semakin seronok .. ada babak-babak sedih yang membuatkan airmata mengalir tanpa sedar .. bila babak gembira pulak, tak sedar tersenyum-senyum sendiri .. itulah penangan novel Kejora Di Langit Cinta ni .. jadi, jom layan sinopsis novel Kejora Di Langit Cinta yang sinopsisnya digarap oleh aku ...

" Kalau dia tercipta untuk ku ... jangan pudarkan rasa kasih di hati ini "


Sinopsis oleh : aznanie

Setiap manusia mendambakan bahagia. Begitu jua dengan Nur Faradila. Pertemuan di kota suci Mekah memahat kenangan terindah dalam hidupnya. Mendambakan kasih Khalish yang menyepi tanpa berita. Bertahun memendam kasih, hanya dirinya yang menghuni tasik hatinya.

Benarlah kata pepatah, kalau dah jodoh tak ke mana. Kedatangan Nur Faradila ke Terengganu semakin mengikat kasihnya pada Khalish. Namun dirinya tidak mampu berterus terang, bimbang hatinya terluka dengan penolakkan lelaki itu, walaupun ada bayangan kasih yang terpancar lewat mata dan perlakuan lelaki itu.

 Kecurangan ayah tersayang terbongkar setelah ketiadaannya. Rupanya ayahnya berkahwin lain tanpa pengetahuan mereka terutama ibunya. Sedih ibunya bukan kepalang. Rasa dikhianati lebih menyakitkan dari rasa kehilangan. Dan tanpa pengetahuan ibunya, ayahnya juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan keduanya. Perkara itu di sembunyikan dari ibunya kerana tahu ibunya pasti akan marah pasa situasi itu.

Kehilangan adik yang paling disayanginya di saat menghitung hari bahagia begitu meluluhkan hatinya. Kemalangan yang meragut nyawa Nur Hanen bagai mimpi padanya. Kesunyian yang dirasainya memaksa dia mencari Nur Rania. Semoga dengan kehadiran Nur Rania dapat mengembalikan ceria di rumah itu. Itu harapan dan doanya. Namun perasaan takut tetap terselit di sanubarinya. Takut pada penerimaan si ibu jika mengetahui yang Nur Rania adalah anak arwah ayahnya bersama wanita lain. Namun, tanggungjawabnya terhadap anak kecik yang tidak berdosa itu harus ditunaikan. Tidak tega membiarkan Nur Rania membesar di rumah anak yatim sedangkan dirinya masih mempunyai seorang kakak yang mampu memberikan kasih sayang dan kesenangan padanya.

Penyatuan dua jiwa yang saling menyintai di raikan dalam suasana yang penuh gilang-gemilang. Dalam gembira terselit kesedihan. Nur Faradila teringat pada arwah Nur Haneen. Adiknya itu sangat menyukai Khalish. Bagai terdengar-dengar suara manjanya bermesra dengan bakal abang iparnya itu. Nur Haneen lah penghubung antaranya dengan Khalish di awal pertemuan mereka dahulu. Tetapi semua itu tinggal kenangan sahaja. Dia harus menerima kenyataan yang ALLAH lebih menyayangi adiknya itu.

Sengsaranya bila berjauhan. Bukan mudah bagainya untuk meminta pertukaran ke Terengganu walaupun sudah berbuat demikian. Kasihan pada suaminya, Khalish yang terpaksa berulang-alik dari Terengganu ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bersama denganya.

Perkahwinan ibunya dengan Datuk Azlan sedikit sebanyak menghantar kesepian dalam hidupnya. Sudahlah berjauhan dengan suaminya. Ibu dan Nur Rania juga tidak tinggal bersamanya lagi. Sayu hatinya ditambah dengan dirinya sedang berbadan dua. Perasaan cepat tersentuh.

Tidak disangka kejutan demi kejutan di hadapinya. Pembukaan Butik Khalish di Kuala Lumpur satu kejutan manis untuknya. Itulah usaha Khalish untuk bersama denganya. Hatinya berbunga riang. Tiada lagi kerisauan dan keresahan di tinggal keseorangan. Dia bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan padanya. Yang paling penting, kasih Khalish menggunung padanya. Dan dia berdoa semoga cinta mereka tetap utuh sehingga hembusan nafas terakhirnya. Tamat ...

Penulis : Anis Ayuni
Terbitan : Alaf 21
Point : 5/5

* Novel yang sangat .. sangat .. best ... baca sampai tak leh tinggal selagi lum habis ... kisah percintaan Nur Faradila ... keakraban hubungan persaudaraan ... cinta dalam diam ... huuuuwaaa .. best ... masa Khalish melamar Nur Faradila dalam kereta depan mak ngan kakak dia paling best .. gentelman tul ... melambangkan dia bersunguh-sungguh ikhlas dalam merealisasikan impian hatinya .. gituuuu ... sedih masa adik dia meninggal dalam kemalangan .. penerimaan ibu dia pada kejadian yang tidak disangka itu .. touching sangat masa ibu dia cakap jangan hantar Rania balik ke Sinar Kasih sebab ibu dia nak jaga .. sanggup nak jaga walaupun tahu Rania tu anak arwah suami dia dengan perempuan lain ... ketulusan kasih seorang ibu gituuuu .. apa pun kena baca novelnya baru faham apa yang aku tuliskan ni .. baca novel lebih memberi kepuasan maksimum ... huhu ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...