Monday, July 23, 2012

Resepi Nasi Beriani

Hari ni cuba-cuba nak masak nasi beriani ... selalunya gi cari kedai jek kalau teringin nak makan nasi beriani ... hehe ... alhamdulilah ...boleh dikatakan  menjadi jugak ler nasi beriani aku .. walaupun tidak ler setanding dengan kat kedai punya ... buleh ler wat makan berbuka puasa petang ini ... jadi, jom layan resepi Nasi Beriani aku nih ...


Nasi Beriani

Bahan-Bahan :
3 cawan beras (seeloknya gunakan beras basmathi tetapi memandangkan baru percubaan pertama, jadi aku gunakan beras Jati aje ... hehe)
2 sudu besar minyak sapi
3 biji bawang kecik
2 ulas bawang putih
1 sudu sedang rempah beriani
1 kiub ayam
1/2 cawan susu cair
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Cara Membuat :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk
Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan
Masukkan rempah beriani dan kacau rata
Masukkan air secukupnya (1 cawan air untuk 1 cawan beras)
Masukkan jugak garam dan kiub ayam
Kacau rata dan biarkan mendidih
Kemudian, masukkan susu cair dan beras ke dalam periuk tadi
Kacau dan biarkan sehingga nasi kering
Titiskan sedikit pewarna ke dalam nasi
Tutup dan biarkan sehingga nasi benar-benar masak

1 comments:

adda syuhada said...

alaaa kalau masak sendiri lgi puas hati kan..puas hati jgk nk mkn byk mana..bk tambah berkali2 pun bleh..melampau betul kan bab makan berkali2 tuh..kihkih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...