Sunday, July 01, 2012

Sinopsis Cerekarama 'Mahar Ku Untuk Mu'

Tengok cerekarama di TV3 ... bersama anak-anak ... hehe ... cite sedih ... mengalir airmata aku ... semua meninggal dunia ... tinggal lah Tengku Aisyah ngan baby dia jek ... tak sangka pulak Tengku Marina tu jahat cam tu sekali ... last-last dia mati kena langgar lori ... itu balasan atas perbuatan dia ... orang yang tak bersalah menjadi mangsa ... dah takdir dia cam tu ... nak buat cam mana ... redha jek la .. jadi, jom layan sinopsis cerekarama Mahar Ku Untuk Mu ni ....


Sinopsis oleh : aznanie

Kisah kehidupan keluarga Tengku Hamid dan Tengku Marina yang membesarkan satu-satunya anaknya, Tengku Aisyah dengan cara yang moden. Yang tidak berpandukan ajaran Islam yang sebenarnya. Tengku Aisyah sudah bertunang dengan Tengku Ariff. Persiapan sudah di buat untuk majlis perkahwinan mereka. Disebabkan perhubungan mereka sudah diketahui oleh keluarga masing-masing, mereka tanpa segan silu bermesra dan berhubungan lebih dari yang sepatutnya. Tengku Marina tidak pernah melarang atau menegur perbuatan mereka walaupun tahu anaknya itu sudah tidur bersama dengan Tengku Ariff.

Malang menimpa bila Tengku Ariff mati dalam kemalangan. Kereta yang dipandunya terjunam ke dalam gaung dan keretanya terbakar. Mayat Tengku Ariff juga turut rentung. Di saat jenazah mahu diturunkan ke dalam lahad, mayatnya tidak dapat di angkat. Mayatnya menjadi terlalu berat. Ibu arwah Tengku Ariff memarahi orang-orang yang megadu mayat anaknya terlalu berat dan tidak dapat diangkat. Dia sendiri turut mengangkat mayat anaknya itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya, bulldozer dipanggil dan mayat dapat di angkat masuk ke dalam liang lahad. Tengku Marina menyatakan ianya suatu insiden yang memalukan dan pasti menjadi sebutan orang ramai. Tengku Hamid mulai menyedari kepincangan kehidupanya. Dia mahu mengubah cara hidupnya tetapi Tengku Marina dengan angkuhnya menolak pemikiran suaminya itu. Dia tidak percaya apabila Tengku Hamid mengatakan segala insiden yang menimpa Tengku Ariff itu adalah balasan di atas segala dosa yang dilakukan semasa hidupnya.

Tengku Aisyah didapati mengandung. Tengku Marina menyuruh Tengku Aisyah mengugurkan kandungannya tetapi Tengku Hamid melarangnya. Dia tidak mahu Tengku Aisyah membuat satu lagi dosa. Setelah dosa berzina ditambah lagi dengan dosa membunuh janin yang tidak berdosa. Tengku Hamid meminta Putera mengahwini Tengku Aisyah. Putera adalah pemandu keluarga Tengku Hamid. Putera bersetuju untuk berkahwin dengan Tengku Aisyah. Walaupun Tengku Marina dan Tengku Aisyah tidak bersetuju dengan tindakan Tengku Hamid itu tetapi mereka tiada pilihan lain. Putera sendiri memilih untuk menyediakan mahar untuk perkahwinannya iaitu sebentuk cincin peninggalan arwah ibunya dan sebuah al-quran. Tengku Marina yang memang tidak menyukai Putera, telah menghina dan membuang cincin tersebut tetapi Tengku Hamid mempertahankan Putera dan menerima mahar dari Putera itu.

Akhirnya mereka disatukan dalam satu majlis yang serba ringkas. Malam pertama mereka bagai tiada ertinya. Tengku Aisyah memarahi dan memukul Putera kerana bersetuju berkahwin dengannya. Dan hari-hari yang berlalu menyaksikan perbuatan biadap Tengku Aisyah terhadap suaminya, Putera. Putera tidak pernah melawan atau membalas balik apa yang dilakukan oleh Tengku Aisyah itu.

Suatu malam perompak telah memasuki rumah Tengku Hamid. Setelah mengikat mereka sekeluarga, perompak-perompak itu mengeledah rumah dan mengambil barangan berharga. Salah seorang perompak itu mahu memperkosa Tengku Aisyah. Sedang perompak itu membawa Tengku Aisyah naik tangga, Putera telah menghalang dengan menanduk perompak dengan badannya tetapi memandangkan  tangannya terikat maka perbuatannya tidak dapat menakutkan perompak yang bersengatakan parang itu. Perompak itu melibas perut Putera dengan parang dan Putera rebah ke lantai. Di saat itu juga, pihak polis pun sampai dan menangkap perompak-perompak itu. Putera cedera parah dan dimasukkan ke hospital. Di hospital, Tengku Aisyah menjaganya dengan baik.

Setelah Putera dibenarkan pulang ke rumah, Tengku Aisyah mulai belajar menerima Putera. Walaupun apa yang dia buat berlandaskan rasa terhutang budi pada Putera yang sanggup berkorban nyawa menyelamatkannya tetapi kata-kata Putera yang menganggap setiap perbuatannya adalah kerana tanggungjawabnya terhadap isterinya membuatkan air matanya mengalir.

Kandungan Tengku Aisyah mengalami keguguran. Putera setia menjaga isterinya itu. Lama-kelamaan kasih mereka semakin erat tetapi tiada luahan dari keduanya. Tengku Marina berasa rimas dengan keadaan itu. Dia mahukan Putera segera menceraikan Tengku Aisyah. Tengku Hamid memarahi Tengku Marina kerana perbuatannya itu. Tetapi Tengku Marina tetap berkeras dengan kemahuannya. Tiba-tiba Tengku Hamid mengalami sakit jantung dan rebah lalu meninggal dunia. Putera yang menguruskan segala urusan pengkebumian Tengku Hamid itu. Tengku Marina menyuruh Putera menceraikan Tengku Aisyah. Putera bersetuju dengan syarat Tengku Marina menerima dia bekerja sebagai pemandu mereka semula. Tengku Marina bersetuju dengan syarat itu.

Setelah mereka bercerai, Putera bekerja seperti dahulu sebagai pemandu Tengku Aisyah. Tengku Aisyah tidak faham dengan tindakan Putera itu. Setelah ditanya mengapa Putera melepaskan dirinya dan mengapa Putera tidak meninggalkannya sahaja dan pergi dari itu. Putera memberitahunya yang dia amat menyintai Tengku Aisyah dan mahu menjadi pelindung kepada Tengku Aisyah selamanya. Tengku Aisyah tersenyum dan memberikan Putera cincin yang menjadi mahar pada hari perkahwinan mereka dahulu.

Tindakan Tengku Aisyah mahu mengahwini Putera buat kali kedua mendapat tentangan dari Tengku Marina. Puas dipujuk tapi Tengku Marina tetap bekeras untuk tidak menerima Putera sebagai menantunya. Tetapi akhirnya Tengku Marina terpaksa beralah dengan kemahuan Tengku Aisyah. Mereka bernikah buat kali keduanya. Kali ini berbeza dengan pernikahannya yang dulu. Tengku Aisyah berasa gembira disamping Putera. Setelah sebulan menikah, Tengku Aisyah didapati mengandung 2 minggu. Tengku Marina menuduh Putera membuntingkan anaknya sebelum bernikah. Tengku Aisyah kecewa dengan sikap ibunya itu. Tetapi disabarkan oleh suaminya.

Tengku Marina berasa sangat marah apabila Putera mencadangkan penubuhan tabung khairat kematian untuk staf-staf di syarikat mereka. Tengku Marina menuduh Putera mahu membolot harta mereka. Puas di terangkan oleh Tengku Aisyah niat sebenar Putera itu tetapi tidak diendahkan oleh Tengku Marina.

Putera memberitahu Tengku Aisyah yang dia bermohon kepada ALLAH supaya memanjangkan umurnya sekurang-kurangnya sempat memegang anaknya. Tengku Aisyah tidak mahu Putera berkata seperti itu. Dia mahu Putera menemaninya selamanya tetapi Putera menegaskan ajal maut ditangan ALLAH. Dan sekiranya dia pergi dulu, dia mahukan Tengku Aisyah menjadikan al-quran sebagai panduan hidup. Tengku Aisyah setuju dengan permintaan suaminya itu.

Tengku Marina tidak berpuas hati dengan Putera. Dia merasakan Putera sudah pandai menjawab dan melawan kata-katanya. Dia mahu Putera dihapuskan dari dunia ini. Dia mengupah samseng untuk membunuh Putera.

Tengku Aisyah menghubungi suaminya tetapi tidak mendapat jawapan. Tiba-tiba Tengku Marina memberitahunya yang Putera kemalangan. Doktor yang merawat Putera memberitahu yang Putera sudah dianggap mati apabila otaknya sudah tidak dapat berfungsi sendiri dan hanya bergantung pada bantuan mesin hayat sahaja.

Tengku Marina memarahi samseng itu yang tidak melanggar Putera hingga mati. Sedang Tengku Marina keluar dari kereta, dia dirempuh oleh sebuah lori dan mati dibawah lori. Keadaan Putera sudah mulai stabil tetapi tubuhnya kembali tidak dapat berfungsi dengan baik. Doktor menasihatkan Tengku Aisyah melepaskan sahaja Putera pergi tetapi Tengku Aisyah belum bersedia untuk berbuat demikian. Tiba-tiba Tengku Aisyah berasa sakit untuk bersalin. Semasa proses melahirkan, Tengku Aisyah tidak berupaya untuk  melahirkan dan tiba-tiba dia terlihat bayangan suaminya, Putera datang menguatkan semangatnya. Dia terdengar suara Putera yang ingin memegang anaknya. Setelah itu, Tengku Aisyah selamat melahirkan anaknya. Tengku Aisyah membawa anaknya itu kepada suaminya. Di pegangkan tangan Putera dengann tangan anaknya. Walaupun dalam koma, Putera mengalirkan airmata apabila tanganya menyentuh tangan kecil anaknya itu. Tengku Aisyah berbaring di sisi suami dan anaknya sambil menangis. Tamat ....

Para pelakon :
Adi Putera sebagai Putera
Nabila Huda sebagai Tengku Aisyah
Norish Karman sebagai Tengku Marina
Rahim Jalani sebagai Tengku Hamid
Iqram Dizly sebagai Tengku Ariff

* Sedih citenya ... menangis aku tengok ... sedih tengok muka Putera tu ... muka sedih jek ... jadi betul Nabila Huda tu bawak watak cam tu ... memula tak suka ... last-last suke dan jatuh cinta ... tapi takdir mengatasi segalanya ... mak dia tu gile jahat ... sanggup tengok suami anak dia sendiri mati ... akhirnya dia yang mati bawah lori .. tu lah .. setiap perbuatan ada balasan ... itu janji NYA ... ehhh .. emosi ler pulak ... hehe

4 comments:

Liza Razak said...

ramai ckp drama ni best..saya pulak miss tengok haritu..huwaa

tentang aku said...

salam Liza Razak ...
memang best citenya ... harap2 tv3 leh ulang tayang cite nih ... best plus sedih .. hehe
Thanks sudi singgah blog akak dan sudi komen yerrr ...

kak gojes said...

salam sis..sy copy ya...dah kredit tuk blog ni..

Ain Kalam said...

memang best cerita ni.. saya linkkan your link from my blog for the synopsis ya :)

http://ngobrolwae.blogspot.com/2012/11/maharku-untukmu-my-personal-review.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...