Tuesday, September 11, 2012

Happy Our 13th Anniversary


Hari ni 11/9/2012 genap 13 tahun usia perkahwinan kami ....selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 13 tahun aku ucapkan buat en.suami ku yang tercinta ... diam tak diam dah 13 tahun kita melayari bahtera rumahtangga bersama-sama ... masa berlalu begitu pantas sekali ... tak sedar dah 13 tahun usia perkahwinan kita ...


Dikesempatan ini ingin aku ingin memohon sejuta kemaafan dan keampunan seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan yang sengaja atau tidak aku lakukan sepanjang 13 tahun kita bersama ... adat dalam berumahtangga ni ... kadangkala bertikam lidah ... kadangkala timbul perasaan tidak puas ati ... kadangkala bermasam muka ... lumrah manusia ... sedangkan lidah lagi tergigit ... inikan pula suami isteri ... kannnn ...walaupun aku bukanlah seorang isteri yang baik tetapi aku berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik buat mu wahai suami ku ... aku sungguh menyayangi mu ... hingga ke hembusan nafas terakhir ku ... dan aku berdoa .... semoga ikatan perkahwinan ini akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke syurga ... insyallah ...

I Love You Very Very Very Very Muchhhhhh ... muahhhhhh ...


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...