Monday, October 29, 2012

Sinopsis Telemovie 'Hilangnya Doa Seorang Ibu'

Malam tadi tengok salah satu cerita yang tercalon dalam Anugerah Skrin di tv3 ... tajuknya Hilangnya Doa Seorang Ibu ... best citenya ... banyak pengajaran yang terselit didalamnya .... Laila yang di kurniakan rezeki yang melimpah ruah ... dia rajin bersolat dan melakukan sedekah ... tetapi sikapnya yang suka berkira dengan adik-beradiknya ... sikapnya yang tidak tahu menjaga perasaan orang lain membuatkan ramai yang membencinya .... cakapnya main lepas sahaja ... bukan sahaja dengan adik beradiknya ... staf-staf di pejabatnya juga menjadi mangsa mulut celuparnya itu .... intro dah best kannn .. jom kita layan sinopsis pulak ...

Sinopsis oleh : aznanie

Zubaidah memiliki 3 orang anak. Di antara ketiga-tiga orang anaknya itu, Laila yang paling berjaya. Kehidupannya dilimpahi dengan kemewahan atas usahanya. Laila tidak pernah tinggal mengerjakan solat 5 lima. Dia juga sering bersedekah kepada anak yatim. Walaupun begitu sikapnya bercakap main lepas sahaja mengundang rasa tidak senang di hati adik beradiknya yang lain. Bukan sahaj dengan adik beradiknya dia begitu tetapi dengan pekerja di pejabatnya juga begitu sehinggakan mereka mengelarkan dirinya singa betina.

Anak Zubaidah yang sulung bekerja sebagai pemandu teksi. Mempunyai 3 orang anak dan isterinya sedang sarat mengandung. Kerana kesempitan wang, Along selalu meminta bantuan adiknya, Laila yang dipanggil Angah itu. Laila akan beri tetapi disertakan dengan bebelan yang menyakitkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Laila selalu berkata alongnya itu seorang yang pemalas. Tak tahu berusaha untuk mencari pendapatan sendiri. Asyik meminta sahaja darinya sehingga dia sanggup memanggil alongnya itu pengemis.

Yana, anak bungsu Zubaidah juga terkena nasib yang sama dengan si along. Kehidupannya yang susah di tambah suami dan anaknya menghidap penyakit. Yana terpaksa meminta bantuan Zubaidah untuk membeli ubat suami dan anaknya. Wang yang dikirim Laila kepadanya diberikan kepada Yana. Perkara itu menyebabkan Laila sering mencemuh dan mengata-ngata Yana. Mereka sering berbalah sehingga Laila pernah menyapu mulut Yana dengan cili kerana dirasakan Yana suka melawan cakapnya. Dia menyumpah supaya mulut Yana bengkak dengan ulat dan nanah.


Hasrat ibunya untuk menunaikan umrah, membuatkan Laila mulai tidak senang. Dia merasakan sudah cukup dengan mengerjakan haji sahaja. Tidak perlu untuk mengerjakan umrah pula. Zubaibah menenangkannya dengan menyatakan yang dia tidak perlukan duit dari Laila kerana duitnya cukup untuk pergi mengerjakan umrah.

Laila meminta ibunya mendoakan supaya dirinya mendapat projek yang berharga Rm10 juta. Dia tahu doa seorang ibu itu mustajab. Berulang kali Laila mengingatkan ibunya supaya mendoakan supaya dia berjaya mendapat projek itu. Sehingga ibunya di tanah suci pun dia asyik menelefon ibunya supaya jangan lupa mendoakannya. Akibat dari perbuatannya itu, ibunya tidak menjawab sebarang panggilan telefon dari mereka kerana ibunya tidak mahu diganggu dan mahu menumpukan perhatian pada ibadahnya.

Kandungan isteri Along menghadapi masalah dan perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak. Kos pembedahan sebanyak Rm 2000.00. Along buntu memikirkan di mana mahu mencari duit sebanyak itu. Akhirnya, dia menebalkan mukanya bertemu dengan Laila. Seperti dijangka, Laila mencemuhnya dengan kata-kata yang menyakitkan hati tetapi Along bersabar dengan kelakuan Laila itu. Dia terdesak dan sangat perlukan duit itu demi isteri dan anaknya. Laila memberi wang itu dengan mencampakkan di atas meja. Akibat terlalu kuat, duit itu terjatuh ke bawah meja. Along mengutip duit itu dengan perasaan sedih. Sedang Along mengutip duit itu, Laila terlanggar Along dan Along terduduk di lantai pejabatnya itu. Laila tidak habis-habis merungut dan membebel pada alongnya itu. Tiba-tiba dia merasakan mulut dan tangannya tidak boleh digerakkan. Ia menjadi kaku dan Laila terjatuh ke kerusi.

Keadaannya itu disedari oleh pekerjanya yang masuk ke biliknya untuk memberitahunya yang mereka mahu pulang kerana waktu bekerja sudah habis. Keadaan Laila semakin teruk. Mulutnya membengkak dan tidak boleh digerakkan. Begitu juga tangan dan kakinya. Along datang menjenguknya. Along simpati melihat keadaan adiknya itu. Dia memberikan tasbih yang pernah diberikan oleh ibunya kepadanya. Dia meminta Laila memperbanyakkan zikir dan mengingati ALLAH. Laila seperti mahu meminta maaf darinya dan Along yang faham apa yang dimahukan oleh Laila segera memaafkan segala perbuatan Laila kepadanya.


Suaminya setia menjaga Laila. Bermacam-macam iktiar di lakukan. Dia mahu membawa Laila berubat ke luar negara tetapi dia mahu menunggu kepulangan ibu mertuanya dari Mekah dahulu. Along memujuk Yana supaya datang menjenguk Laila dan memaafkan perbuatan Laila kepadanya tetapi Yana belum bersedia memaafkannya lagi, Hatinya masih sakit dengan kata-kata hinaan dari kakaknya itu.

Akhirnya, lembut hati Yana setelah melihat keazaban dan kesengsaraan yang ditanggung oleh Laila. Dia rela memaafkan segala perbuatan Laila dengan seikhlasnya.

Sewaktu Laila bersendirian di kolam renang, dia terpandang ibunya berjalan dan melambaikan tangan ke arahnya. Laila ingin mendapatkan ibunya. Dia mengerakkan kerusi rodanya dan kerusi rodanya meluncur masuk ke dalam kolam renang itu. Yana berlari mendapatkan kakaknya itu. Mujur tiada apa yang berlaku kepada Laila.

Sedang mereka duduk berbincang, tiba-tiba terdengar bunyi lonceng pintu ditekan seseorang. Man pergi membuka pintu.

Zubaidah menghampiri Laila. Dia berdoa kepada ALLAH supaya mengampunkan segala perbuatan dan kesalahan Laila selama ini. Dia juga berdoa semoga ALLAH menyembuhkan penyakit yang dideritai oleh Laila itu. Dia menyapukan air zamzam ke muka Laila sebanyak 3 kali. Dan tiba-tiba Laila menjerit memanggil nama ibunya.

Man, along dan Yana bergegas ke atas apabila mendengar suara Laila. Mereka bertiga sedang bersedih dengan berita kematian ibu mereka di tanah suci itu. Laila melihat suaminya menghampirinya. Dia  meminta maaf dari suaminya atas dosa-dosa dia selama ini. Suaminya dengan ikhlas memaafkannya. Laila melihat along dan meminta maaf dari alongny pula. Dan akhir sekali, Laila meminta maaf dari Yana. Dia benar-benar insaf akan kesalahan yang dilakukannya. Setelah itu, dia melihat kesekelilingnya. Laila mencari kelibat ibunya. Baru tadi ibunya datang menyapu mukanya dengan air zam zam. Bila suaminya memberitahu yang ibunya sudah tiada, Laila meraung tidak percaya kerana dia baru sahaja melihat ibunya. Dia menyesal kerana tidak sempat meminta keampunan dari ibunya di atas kesalahannya. Tamat ....


Para pelakon :
Lisdawati sebagai Laila / Angah
Zamarul Hisham sebagai Along
Roy Azman sebagai suami Laila
Maimon Mutalib sebagai Zubaidah

* Kisah yang menginsafkan diri ... balasan ALLAH tidak tunggu di akhirat sahaja ... di dunia pun dah terima balasannya ... janji ALLAH setiap perbuatan pasti ada balasannya ... buat baik dibalas baik .. buat jahat di balas dengan kejahatan ... jadi beringatlah semua dan diri ku jua ... dasyat balasan yang diterima oleh Laila tu ... mulut jahat ... bengkak, berulat dan bernanah kat mulut jugak ... kaya tapi sombong dan riak ... walaupun amalan lain di lakukan tetapi mulut tak jaga kena jugak pembalasannya ... sama-samalah kita renungkan dan ambil iktibar di atas cerita ini ... insyallah ...

1 comments:

inazamri said...

tak sempat tengok smlm gara2 lambar sampai rumah jln jem.nnt leh la tgk online.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...