Sunday, April 14, 2013

Resepi Jemput-Jemput Kentang

Hari ini hari ahad ... ari kedai makan bercuti sedunia ... haha ... yang dekat-dekat sini ler ... sebenarnya awal pagi tadi ada pasar tani tapi memandangkan hujan yang turun dengan lebatnya membuatkan berat nak membuka selimut ... hahaha ... dah pukul 11 lebih ni baru baby dalam perut bergendang mintak makanan ... tu belum baby beso yang berdua ni ... mama tak de makanan ker??? lapo dah ni ... cissss ... haha ... ok ... mood nak makan nasi zero ... dah 2 ari makan nasi goreng ... dah tak terbukak selera nak makan nasi goreng lagi ... en.suami ada request nak makan jemput-jemput kentang ... lum berkesempatan nak buat .. hehe ... jadi, ari ni tergerak nak buat lah .. tapi en.suami tak de pulak ari ni ... tak pe la ... buat untuk percubaan ... first time nak buat ni ... biasanya kak uji jek yang buatkan .. aku tau ngap jek .. hehe .. ok .. jom layan resepi jemput-jemput kentang yang sangat simple dan senang ni ...

Jemput-Jemput Kentang


Bahan-bahan:
Tepung gandum - 1/2 kg
Bawang besar - racik kecik
Kentang - di potong dadu (kecil)
Ikan bilis - terpulang banyak mana
Garam dan ajinomoto -secukup rasa
Telur - 1 atau 2 biji
Air sejuk - air yang disejukkan dalam peti ais (klu tak de guna ketulan ais pun boleh)

Cara membuat :
Letakkan tepung gandum di dalam mangkuk besar
Masukkan bawang besar dan ikan bilis dan kentang
Gaul rata
Masukkan garam halus dan ajinomoto dalam tepung tadi
Gaul rata
Masukkan telur dan digaul sebati
Masukkan air sejuk dari peti ais tadi
Masukkan sedikit demi sedikit hingga bancuhan tepung menjadi sedikit likat dan boleh di kaup dengan tangan atau sudu
Panaskan minyak dalam kuali
Bila minyak dah cukup panas, masukkan bancuhan tepung tadi
Goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan hidangkan bersama sos cili atau sambal tumis ikan bilis
*kalau ada daun kucai atau daun bawang boleh letak dalam bancuhan tepung atau taughe pun boleh jugak ... terpulang pada citarasa memasing ...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...