Monday, May 27, 2013

Tempahan Karipap Mini Serunding Ikan

 
 Tempahan kuih karipap mini serunding ikan untuk hari ini ... siap dipacking dalam balang ... yang balang besar tu 100 pcs Rm 18 ... yang balang kecik tu 50 pcs Rm 9 ...

Hari ni kalut menyiapkan tempahan kuih karipap mini serunding ikan yang ditempah ... 200 pcs jek ... hehe ... tapi sebab nak hantar petang ni ... tu yang kelam kabut sikit ... dan alhamdulilah ... sebelum pukul 3 petang dah siap pack dalam balang ... ada lebihan aku packing dalam plastik kecik-kecik ... jual kat kedai ... hehe


Tempahan untuk karipap mini serunding ikan sudah dibuka ... samada untuk makan di hari raya atau makan di hari biasa ... tak ada salahnya ... sedia menerima tempahan ... 100 pcs cuma Rm 18 sahaja tidak termasuk penghantaran menggunakan khidmat pos laju ... untuk tempahan sila ke page Jualan Kuih Online ....

Terima kasih kepada Cikgu Norhaida kerana sudi menempah kuih karipap mini serunding ikan ... lepas ni jangan serik dan order lagi yerrr ... order untuk hari raya pun buleh ... order awal lebih baik untuk kesenangan kami membahagi masa menyiapkannya ... hehe ...

Tepung yang sudah diuli menjadi doh ... untuk kulit karipap mini serunding ikan ... 

Serunding ikan ... inti karipap mini ... masih dalam kuali ... kena masak garing-garing supaya tahan lama ... 

Karipap mini serunding ikan yang sudah siap dibentuk ... comel kannnn

 Karipap mini serunding ikan siap di goreng ... garing dan rangup ... 

Karipap mini serunding ikan siap dipacking dalam balang ... sedia untuk dihantar .....

2 comments:

Anisah said...

dimana boleh dapat karipap mini ni,sya nak cepat,sya duk kajang tolong hubungi sya 0132428136

Anonymous said...

Tolong hubungi sy, 0197972616.. Sy nk order jgk..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...