Thursday, July 11, 2013

Resepi Masala Vadai

Untuk berbuka hari ini ... masala vadai ... memang favorite ni ... sedap dan senang di sediakan ... tak perlu amik masa yang lama untuk membuatnya ... maklum le ... mak buyung mana leh berdiri lelama ... mula la kebas sini sana ... haha ... cuma proses merendam kacang dhal jek la lama sikit ... aku rendam dari pagi tadi ... kena pastikan kacang dhalnya lembut baru best ... kalau tak ... kacang dhalnya keras ... tak syookkk oooo ... hehe ... jom layan resepi masala vadai aku ni ...

Masala Vadai

Bahan-bahan:
1/2 kilo kacang dhal - direndam 4 jam atau semalaman
2 biji bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dicincang kasar
Lada merah - di potong dadu
Daun kari - dihiris halus
Jintan manis, jintan putih dan ketumbar - di tumbuk halus
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuat:
Kacang dhal dibahagikan kepada dua bahagian
Satu bahagian di kisar halus
Satu bahagian di kisar kasar
Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan
Gaul sebati
Perasakan dengan garam dan ajinomoto
Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat-bulat sederhana besar
Kemudian leperkan ia (jika adunan terlalu lembik buleh ditambah dengan sedikit tepung gandum)
Goreng dalam minyak yang panas
Siap ... hidangkan bersama sos cair yang di buat seperti sos popia

Cara Buat Sos Cair:
Sos cili dimasukkan ke dalam periuk
Tambahkan air dan gula
Kacau sebati
Bila sos mulai memekat sedikit, angkat dan hidangkan ...



3 comments:

inazamri said...

vadai adalah kesukaan saya.

tentang aku said...

salam inazamri ....
setuju ... vadai memang sedap ... goreng garing2 ... peerrhhh ... sedap ... sampai dah sejuk pun masih garing ... terbaikkk ...

Gadis Kampung said...

gk suka makan...tapi tak penah buat...ni ingat nk try buat time buka nanti

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...