Sunday, November 03, 2013

Sinopsis Cerekarama Putu Piring Vs Putu Mayam

Cerekarama malam tadi adalah sempena perayaan Deepavali .. Turn cite kelaka .. Memang kelaka abis ... Anak-anak gelak sampai tergolek-golek ... Hahaha .. Over la tu ... Kisah rumahtangga Wafia ngan suaminya Hadi .. Wafia ni kuat membebel ... Mengongkong pulak tu .. Queen kontrol ... Panas baran pulak tu .. Kesian si Hadi asik kena marah aje .. Pulak tu si Wafia tu kalau nak marah suami dia tak kira tempat .. Depan orang pun ditengking jugak si Hadi tu ... Ok la yer ... Layan jek la sinopsis cerekarama Putu Piring Vs Putu Mayam ni ...

Sinopsis oleh : aznanie

Wafia atau mesra dipanggil Pia adalah seorang peniaga putu piring. Pia mempunyai seorang suami bernama Hadi. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Akif.

Pia selalu merendah-rendahkan suaminya. Dia selalu mengungkit tentang gaji suaminya yang kecik. Padanya jika bukan hasil pendapatannya berniaga putu piring kehidupan mereka tidak semewah sekarang. Pia selalu membentak-bentak Hadi meskipun di hadapan orang lain. Ini membuatkan Hadi malu dan terasa tercabar maruahnya sebagai seorang lelaki. Hadi nekad melakukan sesuatu.

Langkah permulaan, Hadi tidak mengendahkan arahan dan suruhan Pia. Ada aje alasan diberikan untuk mengelak dari melakukan kerja yang di suruh oleh Pia. Dia jugak sudah tidak mahu menolong Pia meniaga di gerai putu piringnya.

Pia terkejut dengan perubahan Hadi. Pia semakin geram apabila Hadi buat selamba aje apabila Pia membebel atau memarahinya. Pia geram apabila melihat Hadi sudah pandai melawan dan mengingkari arahannya.

Akif yang bengang dengan leteran ibunya telah mengajak Anje menyiasat kenapa ayahnya berubah laku. Dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ayahnya pergi ke rumah seorang wanita berbangsa India yang bernama Anjeli. Ayahnya makan makanan kegemarannya iaitu putu mayam. Akif sempat mengambil gambar ayahnya bersama wanita itu.

Akhirnya rahsia Hadi terbongkar apabila Pia melihat gambar di dalam handphone Akif. Pia mulai naik angin tetapi disabarkan oleh Akif dan Anje. Akif memujuk ibunya supaya menggunakan cara lain selain menyerang dan mengamuk di rumah wanita India itu. Pia termakan dengan kata-kata Akif dan bersetuju dengan cadangan Akif itu.

Rancangan Akif ialah menukar cara Pia berpakaian, berhias diri dan bersolek juga menukar gaya percakapan. Jika selama ini Pia kasar dan selalu marah-marah, sekarang kenalah ubah menjadi lemah lembut dan bersopan santun apabila berhadapan dengan Hadi. Bukan itu sahaja, Pia jugak kena pandai membuat putu mayam sesedap Anjeli.

Apabila Hadi pulang dari berkursus, dia terkejut melihat perubahan Pia. Pia bersolek seperti wanita jepun dan bercakap seperti Doremon. Dan lebih mengejutkan Pia membuat kejutan dengan membuat putu mayam khas untuknya tetapi malangnya putu mayam yang dibuat oleh Pia tidak menjadi. Hadi mengelarnya putu ayam dan membuatkan Pia tidak mahu lagi mengikut rancangan Akif.

Pia bersama Akif pergi ke rumah Anjeli. Dia melihat motosikal Hadi ada di hadapan rumah itu. Pia mengetuk pintu dan menjerit-jerit memanggil nama Hadi.

Anjeli membuka pintu dan terkejut melihat Pia yang sedang marah-marah. Pia tidak pedulikan Anjeli dan bergegas masuk dan mencari Hadi. Dia menjumpai Hadi sedang makan putu mayam dengan berseleranya. Pia mengamuk dan menuduh Hadi menduakan dirinya.

Hadi mengejar Pia dan ingin menerangkan keadaan sebenarnya tetapi Pia tidak mahu mendengarnya. Dalam kecoh-kecoh begitu, keluar seorang lelaki berkerusi roda bersama remaja perempuan. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Ramesh. Ramesh adalah suami Anjeli.

Sebenarnya Anjeli dan Hadi adalah jiran sewaktu kecil di kampung mereka. Anjeli pernah menyelamatkan arwah ibu Hadi dalam kebakaran dan mengakibatkan parut di kakinya. Mereka terpisah selepas kejadian itu. Pia tidak mengetahui kisah itu kerana dia tidak pernah kisah dan berminat untuk mengetahui kisah silam Hadi.

Pia bagai tidak percaya apabila dengan mudah Hadi memaafkan semua kesalahannya. Berulang kali dia bertanya untuk kepastian. Hadi benar-benar telah memaafkannya sekiranya benar Pia menginsafi segala perbuataannya dulu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Hadi menceritakan bagaimana dia bertemu semula dengan Anjeli. Sebenarnya Hadilah yang menolong Ramesh sewaktu Ramesh kemalangan. Di hospital, Hadi berjumpa Anjeli dan terkejut apabila diberitahu yang Ramesh itu adalah suami Anjeli.

Kerana Hadi begitu minat dengan putu mayam, Pia sanggup belajar membuatnya dari Anjeli. Sehingga mereka berdua bertukar berniaga. Pia menjual putu mayam dan Anjeli menjual putu piring di gerai yang  sama. Tamat ....

Para pelakon :
Azhan Rani sebagai Hadi
Jihan Muse sebagai Wafia
Rinatha sebagai Anjeli

Arahan : Heykal Hanifah


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...