Sunday, December 29, 2013

Sinopsis Cerekarama 'Racun Ibu'

Malam minggu tak ke mana-mana ... duk umah tengok cerekarama ... berdua jek ngan puteri kecil ku, Zara Hana .... abang ayen ngan abang aisy gi ikut pak ngah dia berjalan ke bandar ... hmmm ... pantang orang berjalan ... nak ngikut aje kejanya ... gitu la bebudak ni kannn ... ok ... nak cite pasal cerekarama yang tajuknya Racun Ibu ni ... kisah kemelut menantu perempuan melayan ibu mertua yang banyak kerenahnya ... antara sabar ... meluat ... geram dan penat dengan keletah ibu mertua ... dah la si suami tak memberi sokongan langsung ... yang si ibu pulak pandai bermuka-muka ... depan anak bukan main baik sampai nampak menantu yang salah ... yang kasar layan dia ... huhu ... bila dah tak tahan sangat ... si menantu cari ubat untuk buat si ibu lemah dan mati cepat ... haaaaa ... jeng ... jeng ... jeng ... mati ker ibu mertua dia??? jom layan sinopsis cerekarama Racun Ibu yang aku karang selepas menonton cerekarama ni malam tadi ....



Sinopsis oleh : aznanie

Rohani yang mempunyai 3 orang anak. Shahrin, Lili dan Mimi. Semasa mudanya Rohani selalu bertegas dengan anak-anaknya. Displin dan tegas supaya anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan masa depan. Namunj dia terlupa mempamerkan kasih sayang seorang ibu pada anak-anaknya sehingga anak-anaknya takut untuk rapat dan bermesra dengannya.

Semakin tua, Rohani semakin mendambakan perhatian dan kasih sayang dari anak-anaknya tetapi anak-anaknya sudah terbiasa menjauhkan diri dari ibunya itu maka impian ibunya untuk berbaik dan bermesra bersama anaknya hanya tinggal impian.

Hanya menantunya,Azah yang sudi melayan kehendaknya. Rohani memberontak. Dia tidak mahukan jagaan Azah. Sebab itu dia sengaja menyakiti dan membuat berbagai kerenah supaya Azah tidak tahan dan tidak pedulikan dirinya.

Azah cuba berbincang dengan suaminya, Shahrin tentang sikap ibunya itu tetapi Shahrin tidak mempercayai kata-kata Azah memandangkan ibunya bersikap baik apabila dihadapannya. Cadangan Azah untuk menghantar Rohani ke rumah orang-orang tua mengundang kemarahan Shahrin dan menganggap cadangan Azah itu hanya untuk kesenangan Azah sendiri.

Azah mendapat peluang kenaikan  pangkat tetapi dia tidak dapat menerimanya kerana tersepit antara keluarga dan kerjayanya. Akhirnya dia memilih keluarga. Dia berkorban untuk kepentingan dan kebahagian keluarganya. Dia berharap semoga suami dan ibu mertuanya menghargai pengorbanannya itu.

Namun sangkaannya meleset apabila ibu mertuanya semakin menjadi-jadi perangainya. Ada sahaja yang tidak betul dan tidak kena. Semua perbuatan Azah salah dimatanya. Azah ditengking dan dileteri dengan kata-kata yang kesat. Azah semakin tertekan. Buntu kerana tidak tahu bagaimana mahu menangani masalah ibu mertuanya itu.

Azah mengadu pada Diana. Diana memberi cadangan supaya Azah meracun ibu mertuanya. Azah terkejut dengan cadangan Diana itu. Memang la dia bengang dengan sikap ibu mertuanya itu tetapi tidak lah sampai mahu membunuhnya. Diana mencadangkan Azah mencari seorang bomoh yang buleh memberi sejenis ubat yang dapat membunuh secara perlahan-lahan tanpa dikesan. Akhirnya Azah setuju dengan cadangan Diana itu setelah tiada cara lain untuk menyelesaikan masalahnya itu.

Mereka berdua berjumpa dengan seorang bomoh yang bernama Pak Ali. Setelah menerangkan masalah yang dihadapi Azah dan hajat mereka, Pak Ali bersetuju untuk membantu. Azah dibekalkan dengan ubat akar kayu dan nasihat supaya memberi lebih kasih sayang dan perhatian kepada Rohani, barulah racun itu berjalan lancar dalam diri Rohani. Azah akur dengan arahan Pak Ali itu.

Lili dan Mimi kesian dengan Azah yang pada pandangan mereka menjadi mangsa ibunya. Rohani sedikit tersentuh apabila mendengar kata-kata Azah yang tidak bersetuju dengan cara Lili dan Mimi melayan Rohani. Rohani mulai sedar yang Azah adalah seorang menantu yang baik dan sabar melayan kerenahnya.

Rohani mulai berubah. Sikapnya tidak seperti dahulu. Dia mulai berlembut dengan Azah. Azah merasakan yang racun yang diberikan oleh Pak Ali itu sangat mujarab. Sehinggakan ibu mertuanya itu sanggup menyerahkan semua hartanya kepada Azah dan meminta Azah membahagi-bahagi kepada anak-anaknya yang lain.

Azah mulai risau. Dia tidak mahu ibu mertuanya mati. Dia berjumpa dengan Pak Ali. Dia mahu Pak Ali memberikan penawar kepada racun itu. Pak Ali menenangkan Azah dengan memberitahunya yang ubat itu bukanlah racun. Ubat yang diberikan dulu adalah penawar kepada semua penyakit dan ubat untuk melembutkan hati ibu mertuanya. Azah berasa lega dan berterima kasih kepada Pak Ali.

Azah pulang dengan rasa gembira. Dia terus mencari ibu mertuanya tetapi tidak berjumpa. Akhirnya dia terjumpa ibu mertuanya berlumuran darah di bawah tangga. Dia menjerit meminta pertolongan.

Rohani dimasukkan ke hospital. Mujur kecederaannya tidak parah. Kesemua anak-anaknya berkumpul di situ dan berpelukan dengan ibu mereka. Tamat .....

Para pelakon :
Fasha Sandha sebagai Azah
Farid Kamil sebagai Shahrin
Fauziah Nawi sebagai Rohani
Zila Baharin sebagai Diana

* Cite sedih ... penuh pengajaran ... tegas tapi terapkan kasih sayang pun buleh juga dalam mendidik anak-anak ... sikap tegas dan displin melulu hanya akan memberi kesan negatif pada anak-anak ... fobia yang mereka alami waktu kecil terbawak-bawak sampai ke besar ... macam Rohani ... anak-anak nak salam dan cium tangan pun tak pernah masa kecil mereka ... macam mana bila dah besar mereka nak salam dan cium tangan dia .... anak-anak jadi takut nak bermanja dan bermesra dengan ibu ... takut kena marah macam waktu kecik-kecik dulu ... tapi ending dia best la ... akhirnya semua insaf ... berbaik dan bahagia ... layannnn 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...