Sunday, December 08, 2013

Sinopsis Cerekarama Yeop Kaya Ke?


 Cerekarama Yeop Kaya Ke? ... Para pelakon utama Nazim Othman, Sari Yanti, Ramona Zam Zam dan Norman Hakim ...

Sinopsis oleh: aznanie

Kisah seorang lelaki bernama Yeop Azman yang mewarisi perniagaan kain milik ayahnya. Perniagaannya bertambah maju kerana Yeop Azman adalah seorang yang mementingkan masa dan berdisplin dalam kerjaya. Tetapi Yeop Azman mempunyai perangai yang kurang disenangi oleh pekerjanya. Sikap egois dan besar diri nya itu membuat pekerjanya meluat. Yeop Azman tidak percaya yang dirinya akan dikhianati atau dibenci orang kerana dirinya adalah orang kaya.

Seorang pekerjanya bernama Tajul berhasrat menjatuhkan perniagaannya kerana dendam pada ayah Yeop Azman yang mungkir janji pada ayahnya. Bermacam cara dilakukan untuk melaksanakan misinya itu. Yeop Azman yang percaya pada pekerjanya itu tidak syak apa-apa sehingga semua masalah menimpa syarikatnya. Semua pelanggannya membatalkan tempahan kain dengannya. Syarikatnya disiasat kerana ada aduan yang mengatakan bahawa syarikatnya menggunakan material tiruan.

Masalah yang dihadapi bukan sahaja di syarikatnya, malah kehidupan rumah tangganya pun turut goyang. Isterinya, Sara meninggalkan dirinya selepas mereka bertengkar kerana seorang perempuan bernama Ema, rakan kecilnya dulu.

Sekelip mata segalanya berubah. Yeop Azman hilang segalanya. Syarikat, harta dan isterinya. Pada mak sunya lah tempat dia mengadu. Mujur ada Ema yang sudi menghulurkan bantuan untuk Yeop Azman bangkit kembali. Tenyata sukar untuknya meyakinkan kembali pelanggan lamanya. Dan Tajul sentiasa menganggu rancangannya.

Dalam keadaan susah, pemandunya, ajis masih setia menemaninya. Akhirnya, Yeop Azman mengalah. Berputus asa kerana tiada seorang pun pelanggannya yang mempercayainya.

Ema mencadangkan supaya Yeop Azman berkerja di syarikat ayahnya. Yeop Azman agak keberatan tetapi bersetuju akhirnya. Namun hatinya menolak dengan jawatan penyelia yang ditawarkan. Puas Ema memujuk Yeop supaya membuang ego nya dan sedar yang dirinya bukan seperti dulu lagi.

Ayah Ema faham akan keadaan Yeop Azman. Dia tahu yang Yeop Azman berkebolehan dalam menerajui syarikat. Jadi ayah Ema memberi peluang kepada Yeop Azman untuk mencari pelanggan baru untuk syarikatnya. Dan ternyata kepercayaannya tidak disia-siakan. Yeop membuktikan kebolehannya dan membuatkan ayah Ema kagum dengan kebolehannya.

Dahlia datang merayu supaya Yeop menyelamatkan dirinya dari Tajul. Dia sengsara bersama Tajul kerana Tajul bukan lelaki baik seperti sangkaanya tetapi Yeop Azman menolak permintaan Dahlia kerana dia cintakan Ema dan serius untuk mengambilnya sebagai isterinya.

Akhirnya Tajul ditangkap oleh pihak berkuasa kerana terlibat dengan sindiket penjualan wanita.
Yeop Azman dan Ema berkahwin dan ayah Ema menyerahkan gedung pakaian miliknya kepada Yeop Azman dan berharap Yeop Azman dapat menjaga dan mengembangkannya lagi. Yeop Azman berjanji akan melaksanakan amanah yang diberi kepadanya dengan sebaik mungkin. Tamat ...

Para Pelakon:
Nazim Othman sebagai Yeop Azman
Ramona Zam Zam sebagai Emma
Norman Hakim sebagai Tajul
Sariyanti sebagai Dahlia
Sharifah Shahora sebagai mak su Yeop

* Cite lawak ... kelaka ... buleh pulak si Nazim ni berlakon cite lawak ... cite yang penuh dengan pengajaran ... jangan sombong dan bangga diri bila berada di puncak kejayaan sebab tak mustahil akan turun ke bawah suatu hari nanti ... beringat sebelum kena ... lagipun sikap begitu buat pekerja menyampah ... disumpah orang  .. kannn dah betul ... hahaha ... layannnn



2 comments:

bahrul alam said...

nice post kk blogger ... visit back yah

. said...

What happened to Sara?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...