Sunday, January 19, 2014

Sumbangan Kelengkapan Persekolahan Dari Yayasan Felda


Alhamdulilah .... terasa bertuahnya menjadi anak Felda ... dapat berbagai sumbangan yang pastinya meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana ... yang penting anak Felda ... kiranya anak aku ni adalah generasi ketiga iaitu cucu peneroka ... dan masih ada sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Felda kepada warga Felda tak kiralah peneroka atau anak peneroka atau cucu peneroka ... terima kasih kepada Yayasan Felda yang sudi memberikan anak-anak kami sumbangan berupa kelengkapan persekolahan ...


Kelengkapan persekolahan yang diberikan tu diterima oleh anak aku, Aisy pada hari khamis lepas ... balik sekolah bawak 2 beg ... kala sama pulak tu ... kala hitam merah ... hehe ... aku pun tanya ler beg sapa tu? dia kata cikgu bagi masa kat perhimpunan pagi tadi ... ooo ... ada nama dia kat beg tu ... sibuk la dia bercerita masa pembagian beg tu kat sekolah ... katanya cikgu bagi dia beg yang ada tulis nama kawan dia, Hanapi ... Hanapi pulak dapat beg yang tulis nama dia ... jadi diaorang main tukar-tukar beg la ... hahaha ... gitu pulak ...

Sibuk la mama dia ni membukak beg tu .... ada 2 pasang uniform sekolah, sepasang baju senaman, sepasang kasut, 2 pasang stokin, 1 kotak pensel yang lengkap dengan alat tulis .... alhamdulilah ... ada extra baju sekolah ... buleh wat tukar-tukar ... tak de la balik sekolah terus basuh baju ... buleh la kumpul 3 hari baru basuh ... wahhh ... tahap kemalasan mama dia pun makin tinggi la cam ni ... hahaha ... 

Terima kasih pada Yayasan Felda yang memberi sumbangan kelengkapan persekolahan anak-anak Felda tahun ini .... jugak tahun sebelumnya ... dan diharap dapat dikekalkan untuk tahun-tahun yang akan datang ... kami bersamanya FELDA ... hidup FELDA ... hehehe

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...