Wednesday, April 30, 2014

Resepi Roti Daging Berkeju


Jumpa resepi ni kat internet ... memula terpandang pic dia ... wallah ... memang menyelerakan ... rasa hati teringin untuk mencuba ... bahan-bahannya nampakk cam senang di dapati ... ada ler seketul dua bahan yang tak de di kedai berdekatan rumah aku ni .. tak pe .. leh abaikan ... haha .. kiranya aku tak ikut bulat-bulat ler resepinya ... kira menderhaka ni ... apapun masih sedap rasanya ... jom layan resepi roti daging berkeju yang dah derhaka ni ... hahaha

Roti Daging Berkeju
https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fyoutu.be%2FH7d3iPWk3Ws%3Ffbclid%3DIwAR247kRhoNnJ_OESBi9oloXki3DObjy5e2SFQBzIzAyOxHNjLWbJeoZLFKc&h=AT2ohqIw5n9WI6loiqIWOyxnJcI9pgHWfcGVl9iaNvD1XYDJH3C6D2efO_ncE4Tioh_PgdOFCcVWarhyvf7qEvfdz5SZmOfKLLNN2PcfDfYj_uTAEtEKzPbUHVqOL0B0h4dteq0cL15Wp_P2goWUYpZMTvbwuHc76As-NxzqA2hjom-UqNmjJ6oMOkb-EXNS4TTbG1_Wgsyg15K8wyoX92jsBjAshQQM1MRcAH4Ae94McxL8eLX_h2WcFU8TjilWdA7pZtatiNvP8-Lrk1naaOXBH6vQMhOCGKjC4n3qYrNho5hY5-PDpW2_GivhElYe50gxI6tReRdw6F8mJ2UPVNT25ziXyoNX1PrWUi6JIFB_YEhJyOIu7hFzZmm7JgjuBzrQLa4YjM7llEQSaq9hC3EXxzE2-TSjsqgyK6jlyFO5krDhmFHflyuZfkCtqm2N0lErkTdlubqGS2ocq2seXhHfHArvPCQNlEIxudGD8ZT7bz6SHpydr2iFbvf2syhXCKEyPTOTlPPsSq0aW1uUEssG1QVqHlKbj7Sw4typ35i_9_D60NvBLpwMexj6fZflP1DsAVmXsSfYrM-pJedZKUxDN-iNe0htuDQKbi7dLjbL-7U6Sc-2u5PvTFzHWRA-Lak
Bahan-bahan :
Roti sandwich - 9 keping
Keju - Chedar (terpulang banyak yang disukai)
Marjerin - sapu pada loyang
Susu segar - 11/2 kotak (yg kecik)
Telur - 3 biji

Bahan inti :
Daging kisar - 1 tiub
Lada hitam - 1 bungkus (50 sen) tumbuk halus
Bawang besar - 1 biji (hiris nipis)
Bawang putih - 2 ulas (ketuk dan hiris)
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuat inti :
Tumis bawang besar, bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau
Masukkan daging kisar dan kacau
Masukkan garam dan ajinomoto dan rasakan
Bila dah kering, angkat dan sejukkan

Cara membuat roti :
Susu segar dan telur di kocak dalam mangkuk
Sapukan loyang dengan magerin
Celupkan roti sandwich kedalam susu segar tadi
Susun roti sandwich yang telah dicelup pada loyang
Taburkan keju serata roti tadi
Letakkan inti daging kisar yang telah dimasak ke atasnya
Susun lagi roti yang telah di celup sehingga menutupi inti daging
Ulang sehingga habis inti dan roti
Pada lapisan paling atas, taburkan keju sebanyak yang anda suka
Kalau susu tadi ada lebih, curahkan atas roti
Masukkan loyang dalam oven
Bakar pada suhu 180 ... sehingga keju cair dan kekuningan
*Kalau tak de oven ... boleh masak guna kuali ajaib ... jadi jugak ... lebih garing tapi kena jaga api supaya tidak hangus roti dibawah ... selamat mencuba



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...