Sunday, May 04, 2014

Sinopsis Cerekarama Titisan Keinsafan

Cerekarama malam ni kisah sedih ... kisah penderitaan sebuah keluarga apabila suaminya ditimpa musibah ... si isteri yang tidak berkerja terpaksa mengambil alih tanggungjawab menyara keluarganya ... kesusahan dan bebanan kewangan yang ditanggung si isteri apabila majikan suaminya memberhentikannya ... jommm layan jek la ea sinopsis cerekarama Titisan Keinsafan ni ...
Sinopsis oleh : aznanie

Kisah penderitaan seorang wanita bernama Sal apabila suaminya, Azzul jatuh sakit. Jangkitan kuman di tulang belakang yang dihidapi oleh Azzul telah menyebabkan dirinya lumpuh. Hanya dengan pembedahan dapat membuang kuman itu tetapi kos yang terlalu tinggi membebankan Sal.

Sal merahsiakan dari Azzul yang dia telah diberhentikan kerja. Pampasan yang diberikan oleh majikan Azzul telah habis digunakan untuk membayar urusan perubatan dan pembelanjaan harian. Sehingga Sal terpaksa meminjam wang dari kawannya, Rozie.

Azzul diminta membuat rawatan fisiotrapi. Pada mulanya Azzul berdegil tidak mahu tetapi setelah dinasihati akhirnya dia mengalah dan menurut sahaja.

Azzul dibenarkan balik ke rumah. Sal meminta kebenaran untuk berkerja. Azzul mengamuk pada mulanya, Sal terpaksa memberitahu yang Azzul telah diberhentikan kerja dan dirinya terpaksa berkerja untuk menyara kelurganya.

Sewaktu tidur, Azzul bermimpi dirinya berada di bawah lori. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki berjubah dan berserban putih. Dia meminta pertolongan tetapi orang itu berlalu meninggalkannya.
Kata-kata anaknya, Lina menyedarkannya. Dia mulai insaf dan kembali sujud pada yang Esa. Tiba-tiba dia teringat yang dia pernah terlanggar seorang lelaki.

Sal terkejut mendengar suara Azzul. Dia bertanya kenapa Azzul berkeadaan begitu. Azzul menceritakan semua perlakuan buruknya dulu. Tentang dirinya yang tidak setia dan selalu mencari pelacur dan berjudi. Tidak amanah pada majikannya.

Sal marah dan tidak dapat menerima kemaafan Azzul. Tetapi Azzul terpaksa meminta Sal mencari lelaki yang dilanggarnya dulu.

Mahu tidak mahu Sal terpaksa menurut permintaan Azzul. Setelah puas mencari, akhirnya Sal berjaya menemui lelaki itu. Lelaki itu bernama Syukri dan seorang buta. Akibat kemalangan itu,Syukri lumpuh dan tidak mampu bergerak. Tetapi Syukri tidak pernah menyesal dan menerima takdirnya dengan hati terbuka.

Keikhlasan Syukri memaafkan perbuatan Azzul benar-benar menyentuh hatinya. Kekuatan semangat Syukri menjadi pendorong untuk Azzul berusaha memulihkan dirinya. Akhirnya, Azzul disahkan bebas dari jangkitan kuman. Azzul bersyukur dan menganggap ini satu keajaiban dari Allah.

Setibanya mereka di rumah Syukri, Syukri sudah meninggal. Sewaktu jenazah dibawa pergi, Azzul bersama-sama membantu menggangkat keranda yang membawa jenazah Syukri. Tamat ...

Pelakon :
Faizal Husin sebagai Azzul
Rita Rudaini sebagai Salina
Azhar Sulaiman sebagai doktor

Pengarah : EOON Suhaini 

* Cite yang penuh dengan pengajaran ... buat baik dibalas baik ... buat jahat ada balasannya ... cam tu la kehidupan ... hukum karma ... beruntung bila hukuman di balas di dunia .. sekurang-kurangnya kita boleh bertaubat dan kembali ke pangkal jalan ... alhamdulilah ... ALLAH maha penyayang ... DIA tak mahu hambanya terus hanyut dan leka dengan kesenangan duniawi ... ALLAH HU AKHBAR ....


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...