Friday, July 18, 2014

Resepi Ayam Masak kicap Simple

Masak untuk sahur ni haruslah yang simple-simple aje ... yang penting sedap dan boleh diterima tekak ... anak-anak terutamanya ... terkulat-kulat nak ngabiskan sepinggan nasi ... sian pulak nengoknya ... memandangkan anak-anak gemar makanan yang berkicap .. makanya semua menu ada kicap .. haha ... jom layan resepi ayam masak kicap simple aku ni...

Ayam Masak Kicap Simple

Bahan-bahan :
4 ketul ayam
1/2 labu bawang besar -hiris
1 ulas bawang putih -ketuk
3 biji cili padi -belah 2
Kicap lemak manis secukupnya
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
Air secukupnya

Cara membuat :
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam
Goreng setengah masak
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga garing
Masukkan ayam
Masukkan kicap sebanyak yang diperlukan - mengikut suka la
Masukkan air sedikit
Masukkan garam dan serbuk perasa
Gaul dan biarkan mereneh seketika
Angkat dan hidangkan 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...