Friday, October 28, 2016

Ayam Masak Kicap Pedas

Anak-anak request nak makan ayam masak kicap pedas balik sekolah nanti ... ok mama buatkan ... selalu buat tak berapa nak pedas .. suka sangat makan yang pedas-pedas .. karang perut buat hal kat sekolah agama baru tau .. hehe .. tak pe la ... mama layan kan jek ..

Ayam Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan :
4 ketul ayam - potong sederhana besar dan goreng separa masak
3 sudu besar lada blend
1/2 biji bawang besar -hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
3 biji lada cili padi - belah dua (jgn putus)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Kicap sebanyak mana yang diperlukan 

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan lada cili padi sehingga garing kekuningan
  • Masukkan lada blend dan kacau
  • Bila lada dah garing, masukkan ayam dan gaul sebati
  • Masukkan kicap sebanyak mana yang dikehendaki
  • Masukkan jugak sedikit air
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Biarkan mereneh seketika
  • Angkat dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...