Sunday, October 16, 2016

Jemput-Jemput Bawang

Sarapan anak-anak gi sekolah ... asik nasi goreng jek jemu katanya .. buatkan la jemput-jemput bawang .. menu paling senang dan paling ringkas .. hehe

Jemput-Jemput Bawang
Bahan-bahan:
1/2 kilo tepung gandum
1 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
2 sudu kecik - garam
1 sudu kecik serbuk perasa
Air - dari peti ais

Cara membuatnya:
  • Masukkan tepung ke dalam bekas 
  • Masukkan jugak garam dan serbuk perasa 
  • Gaul sebati
  • Masukkan bawang besar dan bawang putih
  • Gaul lagi
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga bancuhan tepung menjadi sedehana cair
  • Kacau bancuhan sehingga keluar gelembung udara
  • Panaskan minyak
  • Bila minyak sudah panas, masukkan bancuhan tepung sesudu besar
  • Goreng hingga garing kekuningan
  • Angkat dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...