Wednesday, October 12, 2016

Keledek Goreng Dan Sambal Kicap

Kunyah-kunyah petang ... keledek goreng cicah sambal kicap ... homemade ler ... beli 2 ketul jek keledeknya ... keledek putih ... goreng celup tepung .. nyam nyam ... garing dan rangup .... sedap sangatt ... huhuu

Keledek goreng cicah sambal kicap
Jom layan resepi keledek goreng ranggup berserta sambal kicapnya sekali :

Keledek goreng yang ranggup dan sangat enak ... 
Bahan-bahan:
2 biji keledek - hiris bulat
1/2 kilo tepung gandum
2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1/2 sudu kecik serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Air sejuk (dlm peti ais)  secukupnya
Minyak untuk mengoreng

Cara membuatnya:
  • Tepung dimasukkan dalam mangkuk besar
  • Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk kunyit dan bawang putih  
  • Gaul sebati
  • Masukkan air sejuk
  • Kacau sehingga bancuhan sebati (tidak cair sangat dan tidak pekat sangat)
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Celup keledek dalam bancuhan tepung tadi dan goreng hingga keledek garing dan kekuningan 

Sambal kicap marveles
Bahan-bahan:
3 biji lada cili padi
1 ulas bawang putih
5 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumbuk lada cili padi dan bawang putih sehingga lumat
  • Masukkan garam dan gula secukupnya dan gaulkannya
  • Keluarkan dari lesung
  • Tuangkan kicap dan gaul sebati
  • Masukkan 2 sudu sedang air atau sehingga cukup seperti yg dikehendaki(tidak cair dan tidak pekat)
  • Dah siap ... mudah kannn

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...