Friday, October 21, 2016

Nasi Goreng Cina Pedas

Malam tadi punya cite ... tekak selera nak makan nasi goreng cina tapi nak yang pedas-pedas ... boleh ke ... boleh aje la ... buat sendiri kan ... ikut kita ler .. hehe .. main campak-campak je bahannya  .. siap .. walah nasi goreng cina versi pedas ikut citarasa aku .. huhu

Nasi Goreng Cina Pedas
Bahan-bahan :
1 mangkuk sedang nasi putih - yg dah sejuk
1 ketul ayam bahagian dada - hiris kecik-kecik
1/2 genggam lobak merah-yg dah potong dadu
1 batang kacang panjang - potong kecik-kecik
1/2 biji telur - kocak dalam mangkuk
2 biji lada cili - ketuk je
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu kecil sos ikan
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya: 
  • Tumis bawang besar, bawang putih, lada cili hingga layu
  • Masukkan ayam dan gaul rata
  • Masukkan jugak sayur lobak dan kacang panjang
  • Bila sayur dah layu sikit, ayam dah garing sikit, masukkan nasi putih dan gaul rata
  • Masukkan sos ikan dan gaul rata
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa
  • Masukkan telur yang dah dikocak tadi
  • Gaul-gaulkan sehingga rata dan mesra semua bahan
  • Angkat dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...