Sunday, October 23, 2016

Sambal Tumis Telur

Anak-anak suka kalau mama dia masak sambal tumis telur ni .. tak kira la telur goreng ka .. telur rebus kaa ... yang penting sambal dia pekat lekat melekat kat telur tu ... yang cair-cair tak nak ... huiii demand sungguh ... tak pe .. mama diaorg sangat baik hati .. masakkan aje seperti yang di request ... jomm layan resepi ...

Sambal Tumis Telur

Bahan-bahan:
3 biji telur - digoreng mata 
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - ketuk 
10 sudu besar lada blend
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar, bawang putih hingga garing kekuningan
  • Masukkan lada blend dan tunggu hingga lada garing
  • Masukkan telur goreng tadi dan gaul-gaulkan
  • Masukkan air sedikit supaya kuah tidak terlalu pekat
  • Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa
  • Kacau sebati
  • Bila kuah mulai pekat, tutupkan api
  • Angkat dan hidangkan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...